Halaman

Khamis, 23 Ogos 2012

Menu Syawal 2012 oleh Chef Mama :: Part 2

OK, sekarang jom kita singgah ke gerai Master Chef Mama untuk menu 3 dan 4 Syawal untuk santapan kami. JOM!!!
MENU 3 SYAWAL


1. Air Teh
2. Nasi Ayam MADU
3. Ayam Goreng MADU
4. Sup Ayam MADU
5. Sambal SPECIAL


MENU 4 SYAWAL

Bagi hari ke-4 Syawal ni, focus lebih banyak untuk mengemas rumah kerana dijangkakan Atuk dan Nek Nab sekeluarga akan singgah ke istana kecik kami ni. So dari pagi berkemas sampai la pukul 3 PM. Makan pun sekadar alas perut je la. (Nak tau makan apa kene tanya Chef Mama la..CONFIDENTIAL).

Tepat jam 3.50 PM maka kami pun keluar untuk membeli barang-barang memasak untuk 5 Syawal nanti. Untuk elakkan kebulur so kami makan kat GIANT je. Ada cerita menarik yang nak dikongsikan. Kalu sebut pasal cendol mesti akan terbayang at least gambar seperti kat bawah ni, betul tak?



Mama order cendol kat kedai yang kami makan tu dan memang amat memeranjatkan coz terlalu SPECIAL cendol di kedai ni. Tengok la gambar kat bawah ni dan renung-renungkan KEENAKKANnya.



Hahahaha......hanya ada cendol yang diletakkan air gula sahaja. Bila tanya tukang kedai dia kabor yang santan takde. Lastly Mama tukar air and order bandung jer. Tengok la muka Mama yang tak puas hati dengan KEISTIMEWAAN cendol tersebut. Magic....Cendol tukar jadi Bandung....Kesian Mama tak dapat minum cendol. Nanti la kita cari lain kali ye.


Lepas makan kami meneruskan aktiviti survey aksesori untuk rumah baru. Then terus ke Maidin USJ untuk membeli barang-barang untuk esok hari. Lebih kurang jam 9.55 PM kami  berhenti di Petronas USJ coz Alisha nak sangat makan KFC. So makan malam kami adalah KFC. Thanks to Alisha coz belanja Mama dan Papa makan sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan