Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

Dapat Kunci Rumah Baru

ALHAMDULILLAH......SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T.......setelah hampir 2 tahun menunggu,


akhirnya rumah yang telah Mama dan Papa pilih untuk menjadi kediaman tetap keluarga kecil kami, Taman Mawar Fasa 2, Bandar Baru Salak Tinggi telah pun memperoleh SIJIL LAYAK MENDUDUKI pada akhir APRIL 2012.

Walau bagaimanapun, penyerahan kunci tidak semudah yang disangka. Penangguhan terpaksan dibuat kerana pemaju MFCB dan pihak lawyernya HS LEE and Partner mempunyai justifikasi yang menyebabkan KAMI dikenakan faedah hampir RM 6, 500. Suatu nilai yang sememangnya tidak masuk akal kerana semua proses telah dilaksanakan mengikut khidmat nasihat pemaju. Senarai sebab tak perlu dinyatakan namun secara dasarnya kos tersebut tidak patut dikenakan kepada KAMI.

Namun, usaha hampir 3 bulan Papa dan Mama untuk mengumpul semua fakta bagi membuktikan KAMI tak bersalah membuahkan hasil apabila pada 19 JULAI 2012 Puan Norfazila (jasamu dikenang) menghubungi Papa dan memaklumkan faedah yang dikenakan dikecualikan sepenuhnya. Syukur sangat-sangat atas berita tersebut.

Temujanji dengan MFCB dibuat pada 28 JULAI 2012 untuk mengambil kunci. Maka bermulalah kembara KAMI untuk memasuki rumah pertama kami ni. Insyallah Papa dan Mama akan update progress KAMI yang sememangnya mencabar dari banyak aspek.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan