Halaman

Rabu, 26 Disember 2012

Mama Naib Johan Netball at TM sport event

Rasanya 16/17 November yang lalu Department Mama menganjurkan sport day. Ada macam-macam event la tapi yang Mama duk gi training setiap Isnin/Selasa/Rabu adalah bagi netball.

Mama pergi sorang je on that day kerana Adik kecik lagi, takut melalak pulak kat sana. Mama cerita ada banyak game time tu tapi player ramai yang takde. Untuk netball game, team Mama dapat naib johan je coz juara adalah player TM Berhad yang sememangnya well trained. OK la kot naib johan tapi yang tak bestnye adalah dapat sapu tangan, topi dan piala RM10. Lepas ni sure akan jadi pilihan untuk jadi shooter la coz ada pengalaman naib johan. Pe-pe pun TAHNIAH ke Mama, jarang datang training pun still boleh main dengan baik.

 

Musang King untuk Alisha

Alisha tahun ni agak pelik sikit coz minta nak makan durian. Tak pasti la disebabkan oleh penjual buah-buahan yang dia tengok sepanjang jalan nak ke rumah atau sebab Mamanya yang HASUT. Last year experienced Papa dan Mama ada beli musang king coz Mama nak makan tapi Alisha macam tak suka makan

Kerap je tak dapat nak gi beli durian untuk Alisha. Tapi ada satu weekend kami sekeluarga ke Tesco Nilai dan kebetulan ada jual packed durian musang king so Papa pun suruh Mama ambil 2 packed untuk makan. Biasanya rasa durian packed ni boleh tahan so beli je la coz nak makan. Alhamdulillah memang rasanya sedap sangant dan lagi mengejutkan Alisha pun suka makan tapi tak banyak la coz isi tebal. Pelik sungguh selera Kak Icha ni. Mungkin dah nak besar dan nak mula makan dan rasa semua....


 

Selasa, 25 Disember 2012

Alisha si Pegawai Kerajaan

24/12/2012 sekolah Alisha dah mula bercuti panjang, sehingga 01/01/2013. Lama betul bercuti sekolah Kak Icha ni so Papa dan Mama kene lah rancang cuti untuk jaga Alisha. Memandangkan cuti tak banyak so ada hari-hari tertentu Alisha kene ikut Papa ke ofis. Hari pertama bercuti agak baik kerana Mama forced leave sehari sebelum Krismas. So Alisha hanya ikut Papa ke ofis setengah hari je.

Kisah Naufal nak merangkak

Video ni Mama yang shot, time ni kat Putra Height. Naufal rasanya masa ni masih baru pandai menyarap dan dah mula nak merangkak. Jom tengok gelagat si Adik ni....macam-macam hal....

Dunia Sendirian Alisha

Video ni berlokasi di rumah sewa kami di Putra Height. Seingat Papa masa baru-baru Alisha dapat barang baru kot (boleh la rujuk post Barang Baru Alisha). Alisha biasanya susah nak main sorang-sorang (kerap la Papa jadi mangsa rakan sepermainan dia). So video ni memang Papa suka coz nampak imaginasi Kak Icha ni. Jom tengok 2 vid yang Papa shot ni.

ES Idol : Rama-rama

Sesi terakhir ES Idol bagi peserta tunggal rancangan ini sebelum undian ditutup. Jom layan

ES Idol : Head, Shoulders, Knees & Toes

Jom...Jom...Jom....Sesi ketiga ES Idol


ES Idol : 10 Malaikat

ES Idol dalam sesi audition kedua. Jom tengok satu-satunya peserta tunggal kita...Adelia Alisha

ES Idol : Bangun Pagi Little Qaliph

Ada beberapa sesi audition dalam ES Idol yang hanya disertai oleh Adelia Alisha. Jom tengok bakat Kak Icha dan ni dan jika berminat jangan lupa UNDI tau = )

Naufal, Kentang Goreng & Upin Ipin

Video ni Papa snap masa jaga Naufal. Rasanya sebab Naufal cirit-birit. Mama dan bercuti 2 hari coz jaga Naufal so giliran Papa la pulak. Papa tengok gelagat Adik makan fries sambil tengok upin dan ipin nampak lucu dan menarik untuk dikongsikan, macam tengok movie dalam panggung, statik je duduknya. Jom tengok gelagak si Adik ni.

Al-Quran Digital untuk Mama

Akhir bulan November yang lalu, ada one salesman yang membuat jualan di pejabat Papa (macam mana boleh terlepas mamat ni, ermmm confused). Dia menjual produk Al-Quran dengan pen-reader. Sebenarnya Papa tak berapa berminat tapi lepas dengar penjelasan penjual tu dan modul IQRA yang ada datang bersama, Papa terus berminat karana merasakan ada kepentingannya ke Mama dan Alisha. Yang lebih menarik ialah boleh bayar time gaji nanti (macam tau-tau je Kerajaan nak kasi Papa bonus, hehehe)

MyQalam ni Papa beli tanpa pengetahuan Mama cuma ada la bertanya if Mama berminat. Cuma yang tak best ialah Papa beli dengan RM 350 dan Mama kata boleh dapat dengan harga RM 250. Takpe la kot kira rezeki mamat tu la plus nak beli benda baik ni jangan berkira sangat.

Last Ramadhan Mama ada cakap yang susah betul nak baca Al-Quran coz takde satu di office. Mama pun ada cakap yang ustaz ngaji selalu je komen tak membina (ye la Mama selalu skip kelas kan so camne nak improved). So Papa rasa tak rugi pun beli MyQalam ni untuk Mama dengan harapan dapat memperbaiki bacaan dan tajwid Papa, Mama serta membantu Alisha membaca Al-Quran dengan lebih baik. INSYALLAH......




Alisha's Android

Handphone Papa selalu menjadi 'RUJUKAN' utama Alisha semasa nak tidur atau semasa kebosanan. Lebih memeritkan lagi ialah kebiasaannya Credit Papa selalu ZERO even baru 2-3 jam reload coz accidently browsed or buy apps. Nak marah pun tak boleh coz Kak Icha pun baru 3 tahun lebih dan tak faham ape-ape. So, Papa dan Mama decided nak atasi masalah ni and our secret mission known as ALISHA's ANDROID
Papa ambil masa dalam 2 bulan lebih survey for kids tablet coz tak berapa familiar dengan spesifikasi minima, android versioning, screen type dan macam-macam lagi la. Credit to Uncle Salemi (MOA's friend) coz membantu kasi informasi berkaitan tablet ni. Oktober yang lalu kami sekeluarga telah ke Plaza Alam Sentral untuk survey coz dapat info mengatakan harga agak murah bagi China dan Taiwan tablet. Lebih kurang 1 jam jugak la survey baru dapat cari tablet dengan harga yang agak reasonable. Spesifikasi agak ok la dengan IceCreamSandwich Android (agak tinggi berbanding Branded tablet dan smartphone)


SmartTab (Taiwan tablet) agak popular kerana ketahanan bateri dan casing yang lebih baik berbanding China tablet. (harga pun sedikit mahal). Ada 4-5 pilihan warna dan amat fancy untuk kanak-kanak. Harga sekitar RM 280 - RM 299 dan rasanya amat berbaloi serta tak rugi sangatlah jika rosak pun. (tapi tablet ni dah beberapa kali jatuh dan sememangnya agak kuat ketahanannya). Tablet ni tak menyokong sim data (internet) tapi menyediakan USB connector bagi sambungan ke Thumbdrive dan Celcom/Maxis stick. Namun mempunyai WIFI built-in (ok la kot, dapat menghalang anak-anak dari membeli apps tanpa kawalan).

Secara, amnya setelah hampir sebulan digunakan oleh Alisha, sangat gembira kerana dia dapat belajar sendiri dengan apps yang Papa download dan yang paling penting SELAMAT CREDIT HP PAPA = ) .

** teringar zaman Papa dan Mama dulu di mana komputer dan HP amat-amat popular. Sekarang zaman Alisha dan Naufal di mana tablet dan mobile gadget amat-amat popular so kene la beri pendedahan ke mereka kalu tak nak ketinggalan.

Ahad, 11 November 2012

Car Seat DzulFiqa, siapa perasminya?

Dzulfiqa atau kami semua panggil Piqa jer ialah anak saudara Papa dan Mama atau lebih tepat anak sulung Cik Lang Ira. Sebab dah janji nak kasi hadiah so Mama pun decided nak belikan car seat yang sama macam bakal adik Alisha yang bakal lahir iaitu Naufal.

Papa dan Mama belikan car seat tu di kedai yang sama car seat Naufal dibeli. Lepas beli, Papa terus set dalam kereta coz space bukan besar sangat tapi yang paling best ialah Alisha dengan sukacitanya merasmikan car seat tersebut. Takpe la ye Piqa, nanti Pak Ngah dan Mak Ngah packin back before hands over.




Nampak seronok dan gembira tukang rasmi car seat tu, hehehehe. Macam-macam hal kakak Icha ni.

Aktiviti Alisha dan Naufal (3-4 hari sblm pindah)

Kebanyakan barang-barang yang besar dah Papa dan Mama pindahkan ke rumah baru dengan lebih awal kerana nak mudahkan proses pindah dalam 3-4 hari lagi. Dalam post kali ni nak la ceritakan aktiviti dua beradik ni. Rumah dah kosong dan hanya lokasi ruang tamu je ada beberapa barang asas seperti bantal, toto, tilam, botol dan few others la. Barang mainan Alisha jugak tak banyak, hanya yang Alisha betul-betul nak sahaja. Di dalam kekosongan rumah lama kami tu la Papa sempat jugak snapped beberapa gambar yang rasanya perlu Papa dan Mama kongsikan dalam blog ni.

Mama rasanya tengah mandi ditingkat atas dan Papa pulak susun-susun barang-barang yang masih tinggal untuk mudahkan proses mengangkut nanti. Alisha dan Naufal? Cuba layan kejap snapped picture by Papa. Pandai betul jaga diri budak berdua ni.







 Yang peliknya Naufal pun sama-sama naik nak menonton Barbie Movies dengan kakak dia. Seronok betul tengok gelagat dua beradik ni. Tapi jarang-jarang boleh nampak sebabnya once diorang nampak Papa dan Mama, focus pun akan hilang dan macam-macam perangai datang.

Sabtu, 10 November 2012

BATU HIKMAT (bak kata pak sudin dlm seniman bujang lapok)

Papa dan Mama dah lama planned nak tukar kereta. Bukan sebab nak bergaya tapi sebab fikirkan keluarga yang makin besar plus if nak balik kampung memang agak sempit coz barang-barang nak bawa ke kampung yang sememangnya banyak dan jugak barang-barang TAMBAHAN dari kampung yang tak dijangkakan. Tapi sebab budget pun tak banyak so priority pada rumah la coz orang kata kete tu beli lambat takpe coz banyak tapi rumah if lambat beli takut terlepas coz harga sentiasa naik. Cuma nak jadikan cerita, masa sibuk-sibuk nak pindah, cermin kereta papa 'crack lagi'.

Perkataan LAGI tu Papa letak coz dah dua kali kene. First time tu tak la teruk sangat crack cermin depan kete tu. Yang first ni kene kat traffic light sebelum tol Putra Height. Masa tu tengah berhenti co traffic light merah dan kebetulan ada orang potong rumput. Dengan tak semana-mana tetiba ada batu kecil terbang ke cermin depan kete. Nak ngelak pun bukan boleh. Cuma boleh redha je la. Coz kecik so Papa tak sedih sangat la. Yang second ni pulak memang menyedihkan Papa la coz agak besar. Yang ni kene time nak gi keje. Rasanya dalam bulan September atau akhir Ogos tahun 2012. Dalam perjalanan atas highway, dengan jalan yang agak baik, dengan tetiba Papa dan Mama tengok ada benda jatuh atas jalan dan terus melantun ke cermin kete Papa. Nak ngelak memang tak sempat coz laju sangat. Memang agak besat la crack tu. Nasib baik kat area wiper so tak nampak sangat la if sekali pandang. Papa dah fikir nak tukar terus je tapi lama-lama Papa jadi redha je. Maybe jugak coz Papa fikir lebih baik focus on rumah. Yang kete ni OK lagi coz ada tinted so kuat la sikit kot.

Gambar kat bawah ni Papa snapped time Bengkel Open Source di KKLW, Putrajaya. Masa nak balik tu Papa tengok ada benda ni kat bawah area wiper. Rupa-rupanya bukan batu tapi besi. Ntah mana la datang BENDA ALAH ni. Tapi kira bernasib baik la coz kene bawah, dekat ngan wiper, if tengah-tengah cermin for sure Papa akan tukar. Jawabnya melayang la duit RM800 - RM 1,000. Iktibarnya, kene berhati-hati walau jalan tu adalah highway yang nampak CLEAN.


Alisha dengan basikal baru

Dah lama Papa dan Mama tak update blog ni. Last updated on September 2012 so dah hampir 2 bulan tak sentuh blog ni. Terlalu sibuk dengan macam-macam benda. Pidah rumah baru pun baru satu bulan, last 2-3 weeks Tok Abah dan Tok Ma datang, then Cik Teh Amirah pulak datang, tak sampai seminggu kemudian Cik Ngah Mie meninggal dunia pulak. Last few weeks pulak Papa banyak juga keje weekend. Masa plus duit banyak habis dan tenaga juga la. Naufal pun agak kerap sakit sejak pindah ke taska baru, kene uruskan juga tu, cuti pun banyak habis. Dugaan banyak tahun ni. Exhausted..

Takpe la, kita lupakan dulu hal-hal memenatkan tu. Papa dan Mama pun tengah susun-susun material untuk blog agar dapat kongsikan dan tak hilang. OK untuk kali ni, Papa dan Mama nak cerita tentang basikal baru Alisha. Walaupun agak lewat masuk dalam entry ni tapi boleh la kot nak dikongsikan.

Selalu pergi beli barang keperluan dapur kat Giant Putra Height dan Alisha selalu jugak la minta nak main dengan basikal ni kat sana. Mungkin rezeki dia kot coz basikal ni ada promotion pulak so Papa dengan murah hatinya membeli basikal tu untuk si PEMINTA. Harga biasa dalam RM199 tapi dapat less RM99. Untung la dalam RM100. Nasib baik muat kereta kecik Papa tu. so balik je rumah terus posed kenangan dengan basikal baru tu.

Cepat pandai naik basikal tu, nanti Papa belikan yang lebih baik ye. (tapi mcm kengkadang je budak ni main dengan basikal tu, bila nak cepat pandai ni?). Last posed by Bicycle Owner. Chill!!!


Isnin, 24 September 2012

Penat....Penat.....Penat....


Penat betul Papa dan Mama coz terpaksa menguruskan perpindahan ke rumah baru di Salak Tiggi dalam kadar SEGERA. Disebabkan tuan rumah di Putra Height ni buat hal dan tetiba buat Mama geram dan kecewa maka Papa pun merancang aktiviti BESAR untuk keluarga ni. Apa rancangannya tu??

Nama projek ni ialah AD-HOC MIGRATION INITIATIVES. Aktiviti renovation rumah dan memasang grill dijangka selesai lebih awal dari yang dirancang kerana Papa dan Mama minta disegerakan (takut pula kene halau so kene buat backup plan). Nak mudahkan proses, sasaran pindah secara keseluruhan pada 25/09/2012 (Selasa). Aktivit yang bermula pada 21/09/2012 (Jumaat) memang agak memenatkan tetapi lebih selamat bagi keluarga kita.

21/09/2012 (Jumaat)
  • Papa dan Mama rancang untuk basuh rumah pada hari ni so Alisha dan Naufal kene la duduk taska. Lagi pun minggu ni adalah yang terakhir untuk mereka so biarlah mereka ke taska.
  • Bergerak dari rumah agak lewat juga iaitu kira-kira jam 11.00 pagi dari Putra Height, sediakan semua peralatan perlu untuk buat pembersihan.
  • Sampai kira-kira jam 12.15 tengahari, Mama mula dengan aktiviti pembersihan manakala Papa rancang nak pasang rail langsir tapi proses GAGAL dan memerlukan driller jugak, huhu.
  • So aktiviti membersihkan seluruh rumah selesai kira-kira jam 5.20 petang.
  • Malam tu Mama urutkan tangan Papa coz dah rasa macam angkat dumb-bell, maybe sebab Papa duk memberus bekas-bekas plaster yang ada kat lantai plus buat kerja-kerja drill secara manual
22 - 23 /09/2012 (Sabtu dan Ahad)
  • Weekend tak plan kemana-mana kerana nak focus mengemas dan packaging barang-barang.
  • Hampir 95% barang-barang yang boleh diangkat secara berfasa telah selesai Papa dan Mama uruskan.
  • Untuk mengurangkan sesi penghantaran pada hari Isnin, Mama cadang pindahkan sedikit barang dulu ke rumah baru. Mama pun ada set appoitnment dengan tauke kichen kabinet so dari membazir ruang so elok la bawa barang sikit-sikit.
  •  Kami sekeluarga tiba di rumah baru jam 3.30 petang, lewat sikit kerana ada tenant baru datang melawat rumah.
  • 2 hari yang amat-amat memenatkan. Badan semua sakit-sakit coz angkat barang-barang berat.
24/09/2012 (Isnin)
  • Hari ni Papa dan Mama telah set target untuk pindahkan 50% barang-barang yang ada. Memang dapat rasa akan kepenatannya nanti.
  • Hari bermula awal sekitar jam 8.00 pagi bagi Papa, bangun dan kemaskan beberapa item barang lagi sebelum siapkan Alisha untuk ke taska, Mama mengurukan Naufal.
  • Barang-barang yang nak dipindahkan untuk 1st trip dah selesai Papa uruskan, sekitar jam 9.00 pagi Alisha dan Naufal dihantar ke Taska. ruang kosong yang ada di seat belakang digunakan sepenuhnya. Papa dan Mama balik dan penuhkan ruang tu sebelum bergerak ke rumah baru. 
  • Sampai di sana kira-kira jam 9.45 pagi dan selesai pindahkan barang kira-kira jam 10.05 pagi. Oleh kerana hari ni akan pasang grill maka Papa dan Mama terus ke MPSepang untuk minta permit berkaitan. Sampai di sana tak boleh uruskan kerana dokumen tak cukup pulak. So Papa dan Mama bergerak balik ke Putra Height.
  • Sebab dah nak tengahari maka Mama ajak makan tengahari terus. Mula-mula ke Giant je coz nak cepat tapi sebab takde yang membuka selera Mama so kami makan di 'kedai buaian' - Sharna'd Beriyani. Jam 12.00 tengahari selepas selesai makan, Papa dan Mama terus sambung untuk 2nd trip kami.
  • Selesai packing barang-barang dan sediakan salinan memohon permit, kami bergerak ke rumah baru kira-kira selepas zohor dan tiba jam 2.36 petang. Selesai pindahkan barang, Papa dan Mama terus ke MPSepang untuk proses permit memasang grill. Alhamdulillah proses berjalan lancar dan chargers RM318.00 dikenakan dengan Rm200.00 cagaran.
  • Dapat sticker terus ke rumah baru dan tengok grill dah mula pasang, nasib baik sempat dapat sticker hari yang sama. Selepas tampal sticker, kami pun bergegas untuk memulakan trip ke-3, masa menunjukkan jam 3.45 petang. Ada appointment lagi dengan Adi untuk check lampu garage yang tak menyala. Macam tak sempat je rapi cuba juga la.
  • 3rd trip, Papa dan Mama dah selesaikan seperti yang disasarkan dan rasa lega sikit la. Tiba di rumah baru kira-kira jam 5.15 petang dan proses memasang grill dah 60% siap, Alhamdulillah Mama suka dengan rekabentuk yang dipilih.
  • Papa pulak berkenalan dengan 2 lagi jiran baru, En.Anuar dan En.Shariff, diorang belum berpindah masuk lagi, macam Papa dulu la, check defect dulu, tapi diorang advanced la, siap pasang grill dan tinted lagi.
  • Kami selesai semua perkara kira-kira jam 6.05 petang dan pulang ke Putra Height untuk ambil Alisha dan Naufal dari taska.
Hari yang betul-betul penat. Masa post ni dijana, Papa rasa macam baru lepas bermain FUTSAL, terlalu letih. Esok akan bermula perpindah secara besar-besaran ke rumah baru, jam 9.30 pagi. Insyallah semua akan berjalan seperti yang Papa dan Mama rancang. Alisha pun dah tidur, Naufal lagi awal. Now Papa dan Mama pulak nak berehat untuk persediaan esok.


Selasa, 18 September 2012

Hari Bersejarah Papa dan Mama

Bebaru ni agak sibuk dengan macam-macam kerja. Semua nak kene buat sebab masa dah amat suntuk untuk kami sekeluarga berpindah ke rumah baru. Kerja kat pejabat masing-masing pun nak ke urus juga sebelum bercuti nanti. Takpe-takpe, insyallah semua akan berjalan dengan lancar. Dalam kesibukan ni, Papa sempat juga la belek-belek koleksi gambar dan video yang ada untuk dimasukkan dalam blog kecil ni.

Ye la, semua ni jika tak disimpan dengan teratur dan sistematik mesti akan hilang entah ke mana. Nanti bile anak-anak dah besar tak dapat la diorang tahu apa yang berlaku sebelum diorang berdiri dengan kaki sendiri.

Entry kali ni Papa rasa nak kongsikan juga coz rasa sangat "TAK PERCAYA". Apa ye? Itulah dia malam keramat iaitu malam AKAD NIKAH. Credit untuk Tok Kadi kerana memudahkan semua proses. Jom tengok malam Papa akad nikah, sekali je tau, hebat kan?hehehe

 

Isnin, 10 September 2012

Barang baru Alisha sempena Aidilfitri 1433H

Aidilfitri tahun ni kami sekeluarga tak balik ke kampung, Melaka mahupun Terengganu kerana nak peruntukan duit untuk pindah nanti. Walau bagaimanapun Alisha dan Naufal ada la dapat duit raya cket daripada Papa, Mama, Bos Papa, kawan-kawan Mama, Pak Ngah Emy dan Mak Ngah Intan serta Nenek Melaka. Alhamdulillah. Yang paling bahagia ialah Alisha kerana dapat guna duit Naufal sekali untuk beli barang-barang yang dia suka. (Mama kasi pelepasan, biasanya bising)

So sepanjang cuti raya yang agak panjang tahun ni, kami banyak habiskan masa diluar kerana nak cari barang-barang rumah baru. Sambil-sambil tu Alisha pun boleh cuci mata.

Ha...ni la dia barang baru Alisha tu. Well ada few items terdiri daripada Meja Hijau, Kerusi Hijau, Food Container Angry Bird, Doraemon Puzzle dan Remote Control Car.

Meja dan Kerusi ni Papa dan Mama beli di IKEA. Masa ni ada sale rasanya. Kerusi RM15 dan Meja RM29.90 je. Disebabkan murah dan selalu tengok Alisha duk menulis atas lantai so belikan je la.


Dua barang ni kategori PERCUMA coz yang puzzle tu jumpa dalam Mamee cracker Package yang Cik Teh Amy belikan dan yang pensil box tu Papa kasi coz berterabur stationary Alisha. Nanti minta belikan yang baru pulak. So ada pensil box ni kira tersusun la cket kot.


Ok, remote control car ni Papa pilih sebab murah, RM19.90 je. Biasanya memang sekitar Rm30++ tapi maybe promotion kot so beli terus la. Foot container tu takde dalam planned pun. Asal nak belikan botol minuman untuk Alisha coz nak latih minum tanpa botol susu biasa tu. Tapi Mama kata bley letak makanan and mudah nak kemana-mana so beli jugak la. Seronok betul Alisha dapat barang baru, kene terima kasih ke Naufal sebab dia ikhlas hati memberikan duitnya ke Alisha. = )

Kereta Lumba Naufal?

Walaupun Naufal belum boleh berjalan even merangkak, tapi Mama dah pun sediakan kereta lumba untuk Naufal. (banyak betul pitih Mama belikan Naufal kereta lumba.)


Inilah dia 'KERETA LUMBA' Naufal. Kreatif betul Mama. Sebenarnya memang Naufal suka duduk dalam bakul tu. Walaupun nampak macam seksa sikit duduk dalam tu tapi Naufal suka asalkan dia tak dibaringkan.


Bergambar dengan Ipin Alisha, kelakar je nampak. Dah la Naufal pun botak so boleh la join Ipin tu. Yang kak Icha pun tak nak lepas peluang bergambar sama-sama. Sayang adik la katakan.