Actually dah cuba kejut Alisha pagi tu tapi memandangkan kami pun tidur lewat so tak sampai hati pulak nak paksa bangun. (plus Papa pun bangun agak lewat hari tu). Tapi waktu lunch Papa balik umah untuk beli lauk ke Mama dan Alisha. Petang tu Alisha ikut Papa ke ofis, excited sangat. Macam-macam aktiviti Kak Icha buat kat ofis tu coz orang yang bekerja pun tak ramai, ada la dalam 8 orang.
Alisha pun jarang datang ofis so budak-budak pompuan kat ofis tu memang suka benar la melayan Kak Icha ni. Tepat pukul 5 petang Papa dan Alisha pun mula nak gerak balik umah, cam biasa la Alisha tolong punch out. Masuk je kete, Alisha dah gosok-gosok mata. Tak sampai 10 minit kete gerak, Alisha dah tidur tak sedar diri. Letih benar PEGAWAI BARU DI HARI PERTAMA BERTUGAS, hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan