Halaman

Isnin, 10 September 2012

Barang baru Alisha sempena Aidilfitri 1433H

Aidilfitri tahun ni kami sekeluarga tak balik ke kampung, Melaka mahupun Terengganu kerana nak peruntukan duit untuk pindah nanti. Walau bagaimanapun Alisha dan Naufal ada la dapat duit raya cket daripada Papa, Mama, Bos Papa, kawan-kawan Mama, Pak Ngah Emy dan Mak Ngah Intan serta Nenek Melaka. Alhamdulillah. Yang paling bahagia ialah Alisha kerana dapat guna duit Naufal sekali untuk beli barang-barang yang dia suka. (Mama kasi pelepasan, biasanya bising)

So sepanjang cuti raya yang agak panjang tahun ni, kami banyak habiskan masa diluar kerana nak cari barang-barang rumah baru. Sambil-sambil tu Alisha pun boleh cuci mata.

Ha...ni la dia barang baru Alisha tu. Well ada few items terdiri daripada Meja Hijau, Kerusi Hijau, Food Container Angry Bird, Doraemon Puzzle dan Remote Control Car.

Meja dan Kerusi ni Papa dan Mama beli di IKEA. Masa ni ada sale rasanya. Kerusi RM15 dan Meja RM29.90 je. Disebabkan murah dan selalu tengok Alisha duk menulis atas lantai so belikan je la.


Dua barang ni kategori PERCUMA coz yang puzzle tu jumpa dalam Mamee cracker Package yang Cik Teh Amy belikan dan yang pensil box tu Papa kasi coz berterabur stationary Alisha. Nanti minta belikan yang baru pulak. So ada pensil box ni kira tersusun la cket kot.


Ok, remote control car ni Papa pilih sebab murah, RM19.90 je. Biasanya memang sekitar Rm30++ tapi maybe promotion kot so beli terus la. Foot container tu takde dalam planned pun. Asal nak belikan botol minuman untuk Alisha coz nak latih minum tanpa botol susu biasa tu. Tapi Mama kata bley letak makanan and mudah nak kemana-mana so beli jugak la. Seronok betul Alisha dapat barang baru, kene terima kasih ke Naufal sebab dia ikhlas hati memberikan duitnya ke Alisha. = )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan