Ini tugasan sekolah abang naufal, larian pecut dia lajuu...jom layan jap
Kuda ini dicipta dari abang naufal. Katanya inovasi terbaharu, diperbuat daripada bantal busuk papa dan bantal-bantal tidur keluarga. Dibalut dengan selimut supaya bercantum. Kuda ni lah satu satunya harapan adik beradik dia. Jom tengok gelagat diorang !
8 Mac 2021 bermula arahan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua pelajar untuk kembali ke sekolah dengan SOP yang ketat. Papa juga dah mula bekerja pada 5 Mac 2012. Mama masih lagi mendapat kelonggaran kerja di rumah sehingga 31 Mac 2021. In shaa Allah jika ada rezeki maka dapatlah Mama kerja di Cyberjaya. Lebih dekat dengan Papa dan rumah juga.
So pagi ni semua bangun awal macam semua tidur awal (masa PKP dulu tido lambat bangun pun lambat). Paling nampak segar ialah Uwais si abang kecik. Setelah bersiap sempat la Mama snap gambar untuk hantar dalam group whatsapp Anok2 Zali Misai.
Video ni tak pasti siapa rekod (rasanya Kakak Icha kot sebab dia rajin amik gambo dan video adik-adik dia). Apa yang menariknya dengan si ruzayn ni dalam video tu? biasanya dia suka makan jari tangan tapi kali ni memang kegemaran baru kot. Jom layan
Papa belum pernah lagi upload apa-apa content tentang ahli keluarga terbaru iaitu Aqeef Ruzayn. Budak kecik ni lahir pada 2 September 2020 dengan laluan yang berbeza dari Kakak Icha, Abang Naufal dan Abang Uwais. (part tu nanti Papa akan masukkan kemudian sebab tak sempat nak catat hari kelahiran ruzayn ritu.).
Untuk kali ni just nak perkenalkan budak manja keluarga ni (semua pun kabo gitu termasuk nurse yang nak inject di di Terengganu tu). Jom kita tengok orangnya.
Sejak akhir 2019, Kakak, Abang Naufal dan Abang Uwais suka sangat tengok Youtube. Selain tengok movie macam Boboiboy, Upin Ipin, Bola Kampung dan kengkadang video kanak-kanak dari dalam dan luar negara ada juga keperluan untuk kandungan pembelajaran juga (tahun 2020 kan tahun Perintah Kawalan Pergerakan aka PKP). Tak tahu bermula bila kakak mula belajar masukkan content dalam media sosial ni tapi yang paling rajin ialah Youtube (setakat yang Papa dan Mama tahu la). So ada la beberapa content yang Kakak dah buat setakat thread ni dibuat.
Tahun 2021 ni genap la perkahwinan Papa 12 tahun (sebenarnya 06 Jun nanti la). Alhamdulillah, DARI rumah sewa di Putra Height dengan Mama yang bekerja di TM Bangsar naik LRT dan Papa yang bekerja di Melaka hari-hari naik motor (redah hujan sampai kasut boleh buat akuarium ikan) memula kriss Pak Ngah (credit and thanks to my big brother and uncle to my son and daughter) hingga la dapat tukar motor Yamaha LC 135 (nak beli motor besar duit takde lagi HINGGALAH dapat beli sebuah rumah kat Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi dan dapat beli kete family fasiliti yang pelbagai dan memudahkan kami sekeluarga. Banyak yang telah Allah beri dan murahkan untuk Papa dan Mama.