Halaman

Isnin, 8 Mac 2021

Hari Pertama semua ke Sekolah semula

 8 Mac 2021 bermula arahan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua pelajar untuk kembali ke sekolah dengan SOP yang ketat. Papa juga dah mula bekerja pada 5 Mac 2012. Mama masih lagi mendapat kelonggaran kerja di rumah sehingga 31 Mac 2021. In shaa Allah jika ada rezeki maka dapatlah Mama kerja di Cyberjaya. Lebih dekat dengan Papa dan rumah juga.

So pagi ni semua bangun awal macam semua tidur awal (masa PKP dulu tido lambat bangun pun lambat). Paling nampak segar ialah Uwais si abang kecik. Setelah bersiap sempat la Mama snap gambar untuk hantar dalam group whatsapp Anok2 Zali Misai.


Kak Icha dengan seragam baharu tahun 2021....ok la tu nampak bergaya walau di akhir tahun persekolahan rendah dia...sempat juga la kakak cakap ngan papa masa tunggu van tadi...."Kakak berpeluh dah ni"...harap kakak dapat biasakan diri la ye dengan outfit baharu tu


Abang Naufal macam biasa dengan gaya tersendiri...nampak kemas cket dengan skill potongan baharu papa semalam...paling cekap lengkapkan duit sekolah...semua papa tanya siap belaka....

Abang Uwais paling cergas bangun hari ni....cuma papa tak mandikan awal sebab takut dia sejuk dan takde mood nanti...smart nampak dengan rambut baharu....

let's go to the school guys






Tiada ulasan:

Catat Ulasan