Halaman

Selasa, 2 Februari 2021

Youtuber in Our House?

 Sejak akhir 2019, Kakak, Abang Naufal dan Abang Uwais suka sangat tengok Youtube. Selain tengok movie macam Boboiboy, Upin Ipin, Bola Kampung dan kengkadang video kanak-kanak dari dalam dan luar negara ada juga keperluan untuk kandungan pembelajaran juga (tahun 2020 kan tahun Perintah Kawalan Pergerakan aka PKP). Tak tahu bermula bila kakak mula belajar masukkan content dalam media sosial ni tapi yang paling rajin ialah Youtube (setakat yang Papa dan Mama tahu la). So ada la beberapa content yang Kakak dah buat setakat thread ni dibuat.


Kengkadan Papa dan Mama akan bagi idea la untuk buat kandungan Youtube ni tapi ikut kerajinan Kakak la nak buat sebab dia akan design dan edit sendiri guna Apps yang dia cari dalam Google Play Store tu (tu pun dia Kakak rajin cari yang mana lebih baik)


So design Banner untuk Youtube ni pun Kakak yang design sendiri (Mama selalu cakap Kakak ni tekun nak belajar sesuatu so kene support). So setakat thread ni ada la beberapa kandungan yang Kakak dah buat so Papa letak sini la untuk pembakar semangat. (Jangan lupa Like dan Subsribe ya guys dan Comment too)



Kalu perasan ada video dengan green screen, yang itu pun kami Do It Yourself (DIY) guna kotak IKEA yang berserabut dalam rumah ni. Papa cadang buat green screen sebab boleh improve penghasilan video Kakak di masa akan datang seperti Youtuber lain kat luar sana. So kat sini Papa letak juga la link untuk channel Kakak iaitu  Icha Sweetie Channel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan