Papa belum pernah lagi upload apa-apa content tentang ahli keluarga terbaru iaitu Aqeef Ruzayn. Budak kecik ni lahir pada 2 September 2020 dengan laluan yang berbeza dari Kakak Icha, Abang Naufal dan Abang Uwais. (part tu nanti Papa akan masukkan kemudian sebab tak sempat nak catat hari kelahiran ruzayn ritu.).
Untuk kali ni just nak perkenalkan budak manja keluarga ni (semua pun kabo gitu termasuk nurse yang nak inject di di Terengganu tu). Jom kita tengok orangnya.
hallu semua....saya la bernama Ruzayn tu
Ramai cakap muka ruzayn ni macam muka abang Naufal masa lahir dulu sebab mata dia sepet macam daun (ikut Kakak Icha la) then ada plak yang cakap macam Abang Uwais sebab putih dan bulat mukanya. Terbaru ni kalu tenung-tenung memang iras Kakak Icha masa kecik dulu termasuk la perangainye sekali yang kuat merajuk dan suka senyum juga tu.
Lagi satu yang memang trademark ruzayn ialah kakinya yang kuat dan kuat menendang dan juga tangan yang kuat genggam barang (baju nurse pun dia tarik masa dalam hari). Nak tau kuat mana ni Mama ada record sebagai bukti ke ruzayn nnt masa dia besar nanti..
Masa thread ni Papa buat usia ruzayn baru masuk 5 bulan. Dia dah pandai nak main, gelak-gelak dan dah pandai geli kalu kita main-main dengan dia. (Anak Papa semua akan dibuat test ni dan semua sama). Ada satu video ni Kakak Icha perasan dia kabo "Tak Nak" (pandai la plak ye kabo gitu sebab nak selamat diri. Ada juga kengkadang kalu nangis dia akan sebut "Ma.." Dah pandai nak menyebut la tu. Jom tengok video yang ruzayn sebut "Tak Nak" tu.
Semoga anak Papa dan Mama yang ni sentiasa sihat ye. Papa dan Mama tunggu awak boleh merangkak dalam beberapa bulan lagi. In Shaa Allah Papa akan rakam dan masukkan dalam blog sebab ada "RAJIN" cket budak ni nak bergolek, asyik makan jari tangan dan kaki je...alahai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan