Halaman

Isnin, 2 Mei 2016

Trip ke Ismail Accutherapy Centre, Batu Pahat

9/4/2016 : Tajuk post kali ni bukan la sebab bebudak ni sakit or Papa dan Mama nak buat rawatan tapi bawa Tok Ma dapatkan rawatan. Kaki Tok Ma bengkak agak teruk juga dan dah lama. Tempat rawatan ni memang dikenali kerana dapat membantu pesakit-pesakit kritikal seperti lumpuh, sawan, atau apa-apa berkaitan saraf untuk kembali sembuh. Ini mungkin alternatif selain rawatan konvensional. Boleh la jenguk-jenguk Ismail Accutherapy Centre atau buat carian menggunakan kata kunci link tu.

ok, disebabkan kami bertolak agak lewat ke Batu Pahat dan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam dengan berpandukan waze so giliran Tok Ma adalah no.20 pada pusingan 3. Memang lama la iaitu dijangka selepas Asar so kami pun terpaksa la mencari tempat untuk menunggu.

 
Memandangka time tu pun dah masuk waktu zohor so kami pun ambil keputusan untuk solat dan berehat di masjid je. Masjid yang terdekat ialah Masjid Sultan Ismail yang sememangnye selesa. Walaupun masa tu masih dalam construction di sisi masjid (mungkin untuk tambah tempat wuduk dan tandas) namun tetap tersusun. Lepas solat kami pun lunch la kat situ coz Tok Ma bawa siap-siap makanan dari rumah tadi (jimat cket..hehehe). Nampak gazebo dalam gambar tu? Kat situ la kami semua berehat sambil makan tengahari.

Selesai lunch dan berehat kami pun terus ke Batu Pahat Mall coz bebudak ni nak main playground plak. Kami semua layankan je la...










Selesai diorang ni spent masa 30 minit kat playground tu so kami pun meneruskan perjalanan ke tempat rawatan. Punye la lama menunggu akhirnya rawatan kami pun selesai sekitar maghrib. Lama betul la menunggu tapi Tok Ma kata memang ada perubahan. In shaa Allah ada lagi 8 kali rawatan dan jika ada masa mungkin boleh buat rawatan susulan. Rawatan boleh je buat secara berterusan tapi takut pesakit je tak tahan sebab tu sehari jika dapat buat 2 kali pun dah kire memadai. Pe2 pun harap Tok Ma cepat baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan