Kedai ni memang Papa biasa beli la selepas habis pusing area dekat-dekat rumah ni. First basikal yang Papa beli ialah basikal roda 3 Adik yang memang baik dan murah berbanding kedai lain. Kedai tu berlokasi di Nilai Square.
Sebelum pergi tu Adik hampir-hampir tak dapat beli basikal sebab gagal tulis nombor 2 dengan betul. On the way ke kedai pun dah murung je coz Papa memang cakap dia tak dapat basikal tapi dah sampai kedai Papa suruh Mama ajak adik pilih-pilih basikal jugak (Papa macam tak tau la kononnye). Kakak dah pergi pilih sendiri basikal dia so out of screen la.
Lastly masa nak bayar Adik datang kat Papa dan cakap "Adik dah pandai tulis Papa.." So jadi tak sampai hati plak dengo suara Adik slow je cakap. Dia tau Papa tengah marah dia. Alhamdulillah 2 biji basikal dengan pam dan bakul untuk basikal Kak Icha hanya RM450 sahaja. Memang murah la berbanding kedai lain yang dengan basikal sama diorang jual RM300++ nego dah tu sebijik.
So lepas ni Kak Icha boleh mahirkan mengayuh basikal dan Adik dah boleh mula berlatih nak naik basikal besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan