Halaman

Isnin, 2 Mei 2016

Adik tolong set up barang transit Kak Icha

11/3/2016 : Kebiasaannya Papa yang akan prepare semua barang-barang keperluan harian Adik dan Kak Icha waktu pagi seperti susu, botol, baju sekolah, duit sekolah, air, makanan ringan, buku sekolah KAFA dan KLIA then masukkan dalan kereta. Waktu pagi memang waktu cepat sangat so semua pun kene disiplin coz Papa nak kejar Punch Card. Kengkadang pagi-pagi banyak sangat perkara-perkara drama. Ada masa lucu, geram, boleh timbul marah, ada yang menangis, ada yang kene rotan dan macam-macam. Tapi yang Papa nak share ni buat Papa dan Mama rasa seronok.

Adik memang rajin nak menolong cuma tengok la keadaan rajin tu camne. Kengkadang rasa rajin tak kene tempat jugak..hehe. Pagi tu mungkin sebab Papa pun kelam-kabut nak set semua benda so nampak la budak ni tolong set up barang Kak Icha ke dalam kereta. Bagus sangat rajin Adik ni.


Walaupun baju Kak Icha dan Adik dah nak sama panjang tapi bersungguh nak tolong. Adik dan juga Kak Icha pun ialah buat kuih dengan Mama, memang feveret diorang la tu main dengan barang-barang dapur. Harap-harap perangai rajin menolong ni akan jadi tabiat dan perangai Adik  sampai besar nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan