Halaman

Khamis, 31 Disember 2015

2015 : First trip ke Bayou Lagoon Melaka

31 Disember 2015, Papa dan Mama masih dengan perancangan untuk aktiviti cuti sekolah Kak Icha dan Adik. So kali ni dengan aktiviti yang memang diorang suka iaitu ke Water Team Park. Ke mana destinasi water team park kali ni dengan budget yang baik?
Since Mama ada promosi untuk TM Staff di Bayou Lagoon so kitorang pun pack up la untuk ke sana.

pose terpaksa dari Kak Icha dan Adik coz dua-dua dah tak sabar nak melompat masuk  dalam kolam

 Kak icha bersendirian je kat kolam tu coz adik tak tahan sejuk.


 Ni la kolam pilihan Adik...Airnye suam-suam je compare dengan kolam lain.

 Papa pun join sekaki meditasi style Adik

Dah sejuk  main air, ada pulak park kering untuk panaskan badan. Nak main semua memang kopak la coz bayar asing. So kita main setakat budget yang ada je la ye Kak Icha and Adik.

 First ride Adik naik mini roller coaster....seronok sangat..tak takut langsung..Kak Icha memang suka la naik benda alah ni.


 First experienced to both of them....Adik nanti dah besar cket bley bawa sendiri ye..Kak Icha kejap je dah pandai drive


 OK..motor ni tauke tu tak kasi naik coz takut tak pandai control nanti bley accident...dah ada kes...so Kak Icha dan Adik just pose je la....jadi laa.....








 
 Sebab tak dapat naik motor berkuasa tu so naik je la choo..choo..train ni...hehehe



Dah habis main kat dalam, kat luar pun sambung lagi main polis dan pencuri...nasib free so Papa hanya sit back and relax tengok movie diorang...

2015 : Aktiviti sebelum masuk panggung

30 Dis 2015 - masih dalam mood cuti sekolah dengan aktiviti pendek akhir tahun ni, kami dari Muar lepas makan terus bergerak Melaka untuk menonton wayang. Sebenarnya ada juga cari panggung area Muar tapi sebab tak berapa bijak so tak jumpa la. Since Melaka pun bukan jauh so kami ke sana la. Dah janji bebudak ni untuk tengok wayang coz sejak Kak Icha lahir memang kami tak pernah masuk pangung...huhu..

Ok..so movie yang menjadi pilihan Kak Icha dan Adik ialah Alvin and the Chipsmunk - Road Chip. 

Disebabkan masi banyak masa menunggu untuk kami so Papa dan Mama bawa Kak Icha dan Adik main motor mainan yang ada kat situ.


Disebabkan Adik macam kecik so tauke motor tak kasi dia naik sorang-sorang (hahaha...cian Adik...tauke tu tak tau yang Adik ni expert dah)


Untuk kasi juga Adik rasa nak bawa motor tu so Papa kasi la second trip untuk Kak Icha dan Adik. Kali ni Papa la join Adik....hehehe.


Kak Icha dan Adik 1st trip

Ok, dah puas main motor tu so Jom kita sambung tengok movie untuk kali pertama buat Adik dan Kak Icha dan 1st time setelah 6 tahun tak masuk panggung untuk Mama dan Papa. Sebelum masuk panggung bergambar la dulu dengan figura The Thing dari Fantastic 4.


Selesai tengok movie so masa untuk balik la. So sebelum balik Adik sempat lagi nak bergambar dengan superbike mini. Ambil mood kot nanti beso nak belikan Papa..hehe



Jom layan trailer jap

Rabu, 30 Disember 2015

2015 : Bercuti-cuti di Muar (Part 2)

30 Disember 2015, aktiviti semalam lebih banyak berkisar dalam bilik je coz travelling day plus tiba di Muar pun dah petang. Hari ni semua bergantung ke Mama untuk tentukan 'Waze' perjalanan kami.
Perancangan asal nak bersarapan pagi di kedai dalam gambar tu. Mama cakap banyak blogger yang beri komen positif kat kedai tu. Biasanya komen bernas mesti disebabkan lokasi, makanan dan minuman yang sedap dan berpatutan serta kedai yang bersih dan kemas. Tapi niat tu dibatalkan je coz semua BANGUN PAGI awal sangat menyebabkan kami semua sekadar makan apa yang dah stock up semalam. (nasib baik la dah beli semalam coz macam dah bley agak takkan sempat makan pagi). Biasa la bilik hotel selesa sangat plus tdo dalam aircond so memang liat la nak gerak pagi.

Setelah semua siapkan diri dan berkemas so kami pun check out sekitar jam 12.30 tengahari then terus cari lokasi nak makan tengahari. Banyak juga la lokasi yang Mama cari untuk makan lunch tapi sebab takut kedai menyediakan makanan yang kak Icha dan Adik tak boleh nak makan sebab pedas so akhirnya kami ke lokasi terakhir sebab dah terlalu lapar iaitu Food Court Teluk Emas, Muar. Lokasi kedai yang memang menarik coz bersebelahan laut dan ada kawasan rekreasi mini untuk keluarga.


 Menu tengahari kami berempat ialah set masak asam ikan pari, nasi goreng ayam dan mee bandung (yang ni wajib la kalu datang muar). Makanan yang Papa nak komen ialah nasi goreng ayam yang memang best dan kene dengan selera kak Icha dan Adik. Asam pedas Ikan Pari Mama plak memang the best la. Rasanya lagi terbaik dari yang ada di Melaka (sepanjang yang Papa pernah makan la). Kalu tak silap Mama order di gerai no.8 (dengan signage kuning). Bley cuba next time la kat sana. Mee bandung plak Papa bagi 6/10 jer..mungkin ada kedai yang lebih sedap kot.

 Aktiviti menyuap Adik makan bersama Papa...(sesi wajib untuk elak buang masa coz Adik makan macam putera raja)

Selesai makan, kitorang pun nak la ambil peluang berjalan sekitar Tanjung Emas ni coz nampak macam seronok jer untuk bebudak ni bermain-main. Sementara Mama ke toilet so Papa Kak Icha dan Adik pun ambil kesempatan berjalan dulu. lokasi pertama ialah yang paling dekat dengan toilet iaitu kepala keretapi M.S.R.



Then kami semua mula bergerak ke lokasi yang lebih teduh di area playground yang agak besar. Main panas nanti demam plak. Masa berjalan tu ada plak meriam replika so ambil la gambar  sekejap.
 Banyak juga replika besar yang menjadi tarikan kepada pengunjung di sekitar Tanjung Emas ni. Nak explore banyak Mama tak larat berjalan plus agak panas time ni.


 Playground di situ disediakan agak banyak dengan tempat duduk dan terdapat juga gazebo untuk keselesaan pengujung (untuk parent la coz bukan diorang yang main kat playground). Walaunpun agak panas tapi angin yang bertiup membuatkan suasana amat selesa.

 Papa memantau Kak Icha dan Adik  bermain..
 Nampak macam kak Icha dah tersangkut tu.....hehehe

Memandangkan Mama tak benarkan langsung kak Icha dan Adik beli any toys coz dah banyak sangat beli dan tak main pun so bebudak ni duk la merayu-rayu juga  dengan macam-macam cara. Eventually Mama menganjurkan games untuk kak Icha dan Adik. Permainan endurance/ketahanan yang sememangnya la mustahil tapi kita buat secara handicap..hehe..Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah boleh memilih toys di kedai Tanjung Emas ni sahaja. So what was the result will it be? berdebar juga ni..tapi semua peserta sangat bersemangat.




 ni la dia endurance game yang Mama dah anjurkan untuk dua peserta ni...hehehe..sanggup sungguh

Jom layan video attempts by kak Icha dan Adik serta keputusan siapa yang berjaya. Memang mendebarkan..dah macam sukan sea rasanya. (sorry la vid terbalik cket coz jurugambar amatur)

  cubaan adik....Failed!!

cubaan kak Icha.....Out!!!! 

cubaan kak Icha seterusnya....macam xde pemenang je ni....Gagal ye...

peserta pertama yang berjaya menghabiskan pertandingan endurance ni...ADIK!!!! 

peserta kedua yang turut berjaya walaupun diiringi dengan air mata...KAK ICHA!!

 "adik menang..yoohoo...." kata adik dengan penuh kegirangan sebab jadi yang pertama berjaya

 para peserta dengan hadiah yang telah dimenangi...Mama yang janji Papa yang kene bayari..

OK, aktiviti di sini dah habis memandangkan semua peserta requested nak menonton wayang. Kak Icha dan Adik tak pernah pun masuk panggung (termasuklah Papa dan Mama semenjak kak Icha lahir, tengok online jer). Punye cari panggung di Muar ni memang la xde so paling dekat ialah Bandar Melaka, so kami bergerak ke sana la jawabnye. Jom menonton wayang!!

on de way ke Bandar Melaka. Tepak Sirih dengan buah sirih (replika gergasi) di Sungai Rambai. Bebudak ni bukan pernah tengok pun so Papa abadikan dalam blog ni.