Isnin, 23 Disember 2024

Temuduga IMTIAZ Abang Naufal

 Alhamdulillah Abang Naufal dah berjaya dipanggil untuk temuduga IMTIAZ di Kuala Terengganu (lokasi sama semasa Kakak Icha ditemuduga untuk IMTIAZ dulu). Sehari sebelum check-in di Rayya Hotel, kami semua menumpang secara sementara di rumah Tok Abah, dah lama juga tak ke sana maka alang-alang turun ke Terengganu singgah sekejap. Mama ada ambil beberapa gambar sepanjang kami untuk lokasi temuduga, jom kita layan.

 
muka masing-masing penat, baru tiba di Rayya Hotel, Kuala Terengganu

ambil pose di Christmas Tree dan Mirror Shot, macam-macam gaya

Papa dan Mama pun nak jugak posing ala-ala korea drama (K-Drama), tengah trend di Netflix..

tiba di lokasi temuduga, Stadium Kuala Terengganu jam 9.00 pagi (depan hotel je ni)

Mama teman Abang Naufal untuk ke dewan temuduga

suasana sekitar depan pintu masuk, ramai juga yang akan ditemuduga

Mama selesai hantar Aband Naufal, dah makin ramai yang beratur tunggu giliran dipanggil

pemandangan di hadapan bangunan temuduga

sementara tunggu Abang Naufal, kami semua makan Nasi Dagang Atas Tol cawangan Bandar, nampak nasi kosong extra tu? Mama order sebab masa hantar Abang untuk Exam IMTIAZ semua kedai nasi dagang tutup.


Alhamdulillah selesai sesi temuduga, Abang Naufal cakap interviewer suka tanya dia soalan dan dari lapan baris potongan ayat Al-Quran dia dapat hafal 4 1/2 baris dalam tempoh 20 minit.



Singgah ke Pasang Payang baharu sebab Mama nak cari hadiah untuk cikgu taska Ruzayn dan CikWa Transit Abang Naufal

Kakak Icha ada berbunyi nak sandle, 4-5 buah kedai semua pusing dengan Mama dua kali tak jumpa2, lastly Papa tolong tanya dapat la design yang Kakak berkenan

ini antara daya tarikan baharu di Pasar Payang, memang banyak, di dalam dan di luar kedai pun ada, jangan tak tau setiap custom ada kipas untuk sejukkan orang di dalam, Abang Uwais dengan bow tu nak tembak panda ke? Kakak Icha duk teman Adik Ruzayn, sempat la satu pose (ntah bayar ke tidak tak tau la tu)

Last stop sebelum bergerak balik ke Sepang, Selangor kita jamu selesa dulu di sini, dah dua kali repeat kedai SinggahBudu ni, lauk banyak dan In Shaa Allah sentiasa ditambah, cuma bila dah petang kene cepat sebab kedai ni tutup jam 5.30 petang.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.