Sabtu, 7 Disember 2024

Majlis Apresiasi Tahun 6 2024 - Naufal

 Tahun 2024 nerupakan tahun terakhir Abang Naufal di alam persekolahan rendah. Seperti zaman Kakak Icha dulu, semua pelajar tahun 6 akan diraikan. Zaman Papa dan Mama dulu xde rasanya majlis-majlis besar camni, jika ada pun jamuan akhir tahun je.


Masih berlokasi sama seperti zaman Kakak Icha, Abang Naufal juga akan diraikan di Nilai Spring Resort yang berlokasi sekitar 10 minit dari rumah. Tema yang masih sama seperti zaman Kakak Icha iaitu songket cuma untuk Abang Naufal ni tersangat tak pening kepala sebab dia terlibat dengan persembahan silat. 

Papa ada rekod beberapa moment dalam Majlis tu sebab boleh ditonton secara live melalui YouTube. Jika nak tengok rakaman penuh sekitar 4 jam boleh la ke Majlis Apresiasi Tahun 6 SKKLIA 2024


persembahan silat dan montaj

sesi penyampaian sijil Tahun 6 Terminal


Papa kongsikan juga beberapa persembahan oleh pelajar-pelajar Tahun 6 (rasanya Abang Naufal pun tak sempat tengok sebab sibuk dibelakang pentas dengan kawan-kawan)

persembahan tarian

persembahan nyanyian


Beberapa gambar kenangan selepas majlis berakhir juga ada Mama ambil dan dikongsikan juga di dalam group kelas Abang Naufal.




 pasukan silat persembahan




di sekitar Nilai Spring Resort









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.