Halaman

Selasa, 23 Februari 2021

Edit gambar-Baby Ruzayn

 


Video ni kak Icha edit sendiri tau hihi.Gambar yang ada dalam video ni semua kak Icha curi dari handphone mama.Kalau perasan dalam video tu ada gambar Ruzayn duduk dalam bakul(kerja hero abang abang dia la).Ok jom tengok video ni.

Video kak Icha seberadik waktu kecil

 


Alang-alang jumpa gambar seberadik waktu kecil,combine jela gambar tu jadi satu video.Comel-comel
je semua ni hihihi.Ada kak Icha,Abang Naufal,adik Uwais dan baby Ruzayn.Semua putih ikut keturunan papa katanya hihihi.

Ahad, 7 Februari 2021

Baby Bos Berehat

 Video ni tak pasti siapa rekod (rasanya Kakak Icha kot sebab dia rajin amik gambo dan video adik-adik dia). Apa yang menariknya dengan si ruzayn ni dalam video tu? biasanya dia suka makan jari tangan tapi kali ni memang kegemaran baru kot. Jom layan




Khamis, 4 Februari 2021

Salam Perkenalan - AQEEF RUZAYN

 Papa belum pernah lagi upload apa-apa content tentang ahli keluarga terbaru iaitu Aqeef Ruzayn. Budak kecik ni lahir pada 2 September 2020 dengan laluan yang berbeza dari Kakak Icha, Abang Naufal dan Abang Uwais. (part tu nanti Papa akan masukkan kemudian sebab tak sempat nak catat hari kelahiran ruzayn ritu.).

Untuk kali ni just nak perkenalkan budak manja keluarga ni (semua pun kabo gitu termasuk nurse yang nak inject di di Terengganu tu). Jom kita tengok orangnya.

Selasa, 2 Februari 2021

Youtuber in Our House?

 Sejak akhir 2019, Kakak, Abang Naufal dan Abang Uwais suka sangat tengok Youtube. Selain tengok movie macam Boboiboy, Upin Ipin, Bola Kampung dan kengkadang video kanak-kanak dari dalam dan luar negara ada juga keperluan untuk kandungan pembelajaran juga (tahun 2020 kan tahun Perintah Kawalan Pergerakan aka PKP). Tak tahu bermula bila kakak mula belajar masukkan content dalam media sosial ni tapi yang paling rajin ialah Youtube (setakat yang Papa dan Mama tahu la). So ada la beberapa content yang Kakak dah buat setakat thread ni dibuat.