Halaman

Selasa, 19 April 2016

Happy Birthday Kak Icha ~ u'r now #7

14 April 2016 genap la usia Kak Icha 7 tahun. Tahun ni ialah tahun mencabar bagi kami semua. dengan rutin baru untuk setiap orang sememangnya memerlukan penyesuaian cepat keadaan sekarang. Since Kak Icha dah besar so takde la celebrate macam Adik but still Papa dan Mama akan belikan kek untuk celebrate besday Kak Icha. Apa tema kakak kita ye?


 Tahun ni Papa memang tak sempat nak design pe2 so ubah cket la dengan memilih kek dengan karektor. Kak Icha pilih tema Frozen (sama macam tahun lepas je rasanya). Tapi takpe la coz besday girl kene la layan.

Kek ni sepatutnya delivered sehari sebelum birthday Kak Icha tapi kawan Mama pula terlupa nak buat so terpaksa la kami semua bergegas ambil malam besday Kak Icha. Kesia semua, dengan penat balik sekolah dan kerja, kami harung juga la sebab dah order.

So malam tu Kak Icha nak dinner KFC so kami pun terus ke KFC 24 hours di Nilai 1 (dah la dari putrajaya memandu 60km/j). Sampai KFC lagi satu insiden berlaku iaitu makanan macam takde. Lastly Papa pun terus ke area Giant untuk makan kat sana. Jam pun dah tunjuk pukul 10 so memang semua dah lapar dan kedai fast food pun mungkin ada tutup kul 11, so kami pun decided makan di KFC terus. Nasib la ada lagi makanannye, tercapai la juga hasrat Kak Icha nak makan KFC ritu.

Papa dan Mama berdoa dengan usia Kak Icha yang makin meningkat akan menjadikan kakak seorang yang lebih baik, menjadi contoh kepada Adik dan bakal adik nanti, sentiasa sempurna dalam semua perkara serta menjadi muslimah yang diharapkan. Happy Birthday sayang Papa dan Mama Adelia Alisha!!

#creditMakSu #NurReenFB #hadiahKakIchamanaMakSu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan