Halaman

Selasa, 19 April 2016

Happy Birthday Mama - we love YOU

25 Mac 2016, alhamdulillah Papa, Kak Icha dan Adik masih sempat bersama Mama untuk sambut hari lahir kali ni. Papa tak sediakan sambutan yang hebat-hebat coz hari gaji so duit pun tak tekan lagi. Biasanya allocation untuk sambutan hari lahir ni akan jatuh ke Kak Icha dan Adik. Tapi kali ni Papa usahakan juga la coz nak memorable moment untuk Mama.

Tengahari tu Papa keluar lunch tapi tak gi makan pun, terus ke Secret Recipe untuk beli slices of cake untuk Mama. Dalam wallet ngam ada RM18 je so dapat la beli dua, Indulgence dan America Brownies, alhamdulillah. Dah beli then balik umah masuk peti so nanti bley suprise ke Mama.

 2 budak yang excited ngan kek Mama...besday sape ni?

Yang tak bestnya bila balik umah Mama dah jumpe la kek tu dalam peti. Alamak!!!! Kantoi....hehe. so malam tu makan nasi ayam je coz tak nak penat coz weekend ni dah ada perancangan untuk ke Melaka. So besday Mama punye hadiah nanti la claim ye. In shaa Allah.


Papa dan Mama......family dating....credit to camera girl

 Kak Icha dan Adik yang tak sabar-sabar nak tiup lilin, silap besday diorang ni..

birthday song by Kak Icha dan Adik.....

Happy Birthday Kak Icha ~ u'r now #7

14 April 2016 genap la usia Kak Icha 7 tahun. Tahun ni ialah tahun mencabar bagi kami semua. dengan rutin baru untuk setiap orang sememangnya memerlukan penyesuaian cepat keadaan sekarang. Since Kak Icha dah besar so takde la celebrate macam Adik but still Papa dan Mama akan belikan kek untuk celebrate besday Kak Icha. Apa tema kakak kita ye?

Happy Birthday Adik ~ u'r now #4

30 Mac 2016 merupakan hari lahir Adik yang ke-4, alhamdulillah Papa dan Mama masih dapat menjaga dan melihat Adik membesar dan semakin bijak. Tahun ni besday kek theme ditentukan oleh Adik sendiri. Apa temanye tahun ni ye?

 Seperti yang diduga memang pilihan tema ialah Dinosaur. Suka sangat dengan spesis ni. Tahun ni order kek dengan kawan Mama. First time order dan dalam tempoh masa yang memang pendek (rasanya dalam 2-3 hari je). Alhamdulillah siap juga kek dengan tema ni.

memang cantik dan kemas design ni.

Adik yang excited dengan keknye....eh makan red velvet cup cake ke? Free give dari kawan Mama

 Beli kek dapat free gift ni...apa lagi...jom order la...

Kes kek dah selesai, persiapan untuk hantar gift ke kawan-kawan adik pun last minit buat. Memang berperang la nak selesaikan. Papa memula pergi kedai biasa di Dengkil tapi dah 'gulung tikar' rasanya. Nasib baik la kedai area rumah ada juga jual barangan yang sama so tak fikir panjang terus buat.



130 packs....Alhamdulillah selesai juga

Kebiasaannya teacher-teacher Adik akan kongsi gambar sepanjang aktiviti di sekolah yang menarik. Alhamdulillah, even Papa dan Mama tak dapat turut serta tapi dapat juga la tengok gelagat Adik dalam even tu. Jom tengok Adik sambut besday di sekolah dengan kawan-kawan.


Papa dan Mama pun tak lupa nak sambut besday dengan Adik so dinner kami ditentukan oleh besday boy malam ni. Kat mana ye? Jom teka...hehehe


Papa dan Mama sentiasa doakan agar Adik membesar dengan baik, menjadi orang bijak serta menjadi khalifah yang sempurna. Happy Birthday Aqeef Naufal!!



Ahad, 17 April 2016

Solat berdua

14/4/2016 : Waktu maghrib tadi Mama saje tengok-tengok gelagat budak berdua ni. Kak Icha memang dah mula solat dalam bilik tapi adik yang duk bermain tetiba hilang. So Mama pun snap la gambo dia ikut Kak Icha solat.


Alhamdulillah, Adik ni rajin mengikut Kak Icha. Memang dari kecik pun gitu, sebab tu Papa selalu pesan Kak Icha jangan buat pelik-pelik coz Adik akan cepat mengikut.

Mama cepat-cepat panggil Papa untuk tengok juga. Adik bila nampak Papa mulalah buat reaksi macam terkantoi...hehehe....bertuah punye budak ni....

recite doa...aaaammiinn

Sabtu, 16 April 2016

Motocycle toys Hot Wheel


4/4/2016 : Rasanya last weekend pergi kedai buku MPH coz nak cari buku latihan untuk Kak Icha so Mama dah sound awal-awal dengan Adik...NO TOYS.

Anak-anak Papa ni sangat behave dan jarang sangat demand. Mungkin memang Papa dan Mama tak latih Kak Icha dan Adik camtu.

So, semua fokus la mencari buku masing-masing termasuk Adik. Sambil Papa dan Mama cari buku, Kak Icha dan Adik explored la MPH tu. Memang excited la coz jarang spent masa kat kedai buku. Biasa pergi pasaraya je.

Since Mama dah cakap NO TOYS so adik masih jugak excited dengan satu toys ni iaitu Hot Wheel motor. Adik  just tunjuk dengan Papa sebab Mama memang tak suka la benda-benda ni.

So masa kat kaunter Papa cakap ngan Mama yang toys ni unik dan boleh la masuk sekali coz tak mahal pun. So Mama setuju and Adik pun suka la. Dapat juga la dia Hot Wheel motocycle.

Sebelum balik umah Adik sibuk tanya motor tu tapi Papa main-main cakap tertinggal kat kaunter. Cebek dah muka nak nangis. Tapi Papa senyap-senyap buka kat belakang then kasi dalam kete. Terus ceria...hahaha...macam-macam hal Adik ni...

ES IDOL : Ti Ke Tap

 
7/3/2016 : Lagu baru ni...nampak macam lupe step...hehehe

Oreo Ice Cream in de House

2/4/2016 : Banyak kali dah Papa plan nak buat ice cream oreo ni coz Kak Icha dan adik macam suka. Nak kata susah sangat xde la coz hanya vanila ice cream + oreo bland + choc cream. So hari ni ada masa lebih cket ke Maiden so Papa pun beli la semua barang-barang yang perlu untuk buat Oreo Ice Cream.



So bahan utama ialah Oreo yang perlu dikisar halus. Itu je yang susah. Siap je terus jadikan base cket then tabur atas ice cream vanila cket. Yang terakhir dan agak  penting ialah choc cream, jangan banyak-banyak coz manis.

 antara pelanggan pertama Papa....hehehe....

 Nyum....nyum.....

 Kak  icha dengan gaya tersendiri....macam terpaksa je ni...

Tekunnye Adik dan Kacangnye

hahaha...macam tau je Papa nak rakam gelagat dia

 fokus benar mengupas kacang....

Adik, roti & Doa


dengan rasa terpaksa recite doa untuk menjamah roti milik Mama.....AaaaminnnNN 
(gelap cket sebab Mama yang rekod...hehe)