Halaman

Khamis, 17 Januari 2013

Dinner kami : Salmon fish based recipe by Mama

Hari ni Mama balik kerja awal coz ada course kene hadir. Papa pun ada bengkel di luar dan balik awal juga. Alisha pun dapat balik awal coz Papa balik awal. Kesimpulannya Naufal pn balik awal coz semua awal-awal belaka. Mama pun dah pesan akan masak special sikit dinner nanti. Kira-kira jam 8.30 malam masakan 'special' Mama pun siap untuk dimakan. Nak cerita banyak pun tak tau coz 1st time makan tapi Mama masak western style katanya. Jom lihat western style Salmon Fish Steak with Rice. (melayu mix up)

Yang ni Alisha's plate, kira small course la ni (yang ni pun nak mengabiskannya amatlah seksa)  

 Yang ni Mama's plate, medium range course. Tapi yang ni bias cket coz salmonnya agak garing dan nampak menyelerakan. (biasa la kan, tukang masak) 


Yang akhir ni Papa punya la kan. Sekali imbas untuk ketiga-tiga course ni dah boleh teka yang mana bakal dihidang untuk Papa.Yang ni pun bias juga coz nasi sampai dua tower. Jenuh jugak nak ngabiskan 2 tower nasi tu. Overall rasanya agak sedap juga. Mungkin gravy based dia kentang and dah macam kenang putar so jadi best ko. Resipi kalu Mama teringat nanti dia share la kot.

Sabtu, 12 Januari 2013

Swimming Port Naufal

Adik dah hampir 9 bulan setengah. Macam-macam perangai dan aksi yang dia tunjuk kat Mama dan Papa serta Kak Icha. Yang ni aksi baru. Mama perasan time nak mandikan budak kecik ni. Nak tau aksi apa? Jom layan vid yang Papa ambil ni. (vid senget so kene sengetkan kepala sikit la ye, maaf la..) 

asdad

Khamis, 10 Januari 2013

Naufal Weirdo Action (by Mama)

Sedang duk membelek-belek folder gambar kami yang masih belum dimasukkan dalam galeri blog ni, terjumpa dengan vid yang agak menarik untuk dikongsikan. Credit to Mama for this weird action by our son, Aqeef Naufal.

Vid ni mama rakam di rumah lama kami di Putra Height. Rasanya dah nak dekat pindah. Masa ni Naufal sedang rajin nak merangkak. Memang kerap la dapat tengok aksi-aksi menarik Adik ni. Memang amat berbeza dengan Alisha coz semasa kecik kakaknya tak merangkak. Cuma suka reversed then tau-tau dah boleh bertatih dan berjalan dalam usia 9 bulan. Kiranya Naufal ni akan melalui perkembangan biasa yang Papa dan Mama pernah belajar. Jom tengok apa aksi yang menarik perhatian Mama ni.

Ahad, 6 Januari 2013

Adik jadi model cermin mata Kakaknya

Kengkadang seronok tengok Kak Icha bermain dengan adiknya. Sikit-sikit mula belajar jadi seorang kakak. Papa dan Mama biasanya bagi kelonggaran ke Alisha untuk treat adiknya tapi dengan pemantauan la. Alisha pun sentiasa memerhati apa Papa dan Mama buat coz dia rasa itu peranan yang patut seorang BESAR lakukan.

Malam tadi sekitar jam 10 PM, sebelum berangkat nak tidur kami layan la cerita YES MAN lakonan Jim Carey yang sememangnya best. sambil-sambil tu Alisha duk bermain dengan adiknya. Papa memang perhati yang dari petang tadi si adik berminat dengan cermin mata ketam kakaknya tu. Cermin mata tu adalah pemberian masa Alisha di taska Cikgu Norli di Putra Height.

Tengok jer la si adik yang Redha dengan apa yang kakaknya buat. Papa pun tak nak lepaskan peluang ni terus snapped. Banyak kali juga la try baru dapat pic yang nice ni. Bergaya betul dengan spec ketam tu.
Pic ni Papa suka coz nampak macam superhero je, The KetamBoy...comel 3x......Nanti adik besar boleh la dia tengok hasil tangan kakaknya ni.Errmmmm....9 bulan dah adik ye....Alhamdulillah takde masalah serius sepanjang tempoh masa menjaga dia......

Little Qaliph : Alisha's Time Table 2013

1 bulan sebelum bermula sesi persekolahan baru, Jadual waktu Alisha dah pun dikeluarkan. Sekali imbas, memang jadual yang agak pack dari pagi hingga petang. Tapi waktu rehat juga agak sesuai diselaraskan bagi budak-budak 4 tahun ni oleh sekolah. 

Jadual Alisha yang highighted bewarna kuning. (kene click on image untuk view yang lebih baik dan jelas). Moga-moga Alisha dapat menjalani pembelajaran tahun ni dengan baik dan mampu bersedia untuk tahun berikutnya, Amin.

Sabtu, 5 Januari 2013

Alisha's Fees for NEW SEMESTER

Masa yang dinanti-nanti telah tiba di mana persekolahan sebenar Alisha akan bermula. Well perkara utama ialah yuran sekolah la kan coz Play School memang agak mahal. Tapi sebab Alisha dah mula lebih awal so kira 1/3 yuran dah bayar, Alhamdulillah. Nanti Alisha besar Papa claim la yuran ni, hehehe.

Ni ialah senarai yuran yang perlu di bayar (Highlighted Yuran tu kurang satu 0, sepatutnya RM 100). Tapi Uniform tu amik 2 pasang la sebagai backup kot-kot kotor ke lupa basuh ke.
Pic yang sebelah kiri tu estimated Fees dan belah kanan tu paid fees. Nasib baiklah YAB PM kasi 1/2 bulan bonus so takdelah sengsara sangat nak membayar yuran Alisha ni. Papa suka dengar pendapat kawan Mama yang cakap takpe spent lebih sikit time anak-anak sedang membesar ni. Nanti bila dah mula bersekolah biasa takde lagi semahal ni. Hanya sementara namun dapat membantu menyediakan mereka ke alam persekolahan sebenar. Yang penting Alisha dapat belajar asas dan mampu bersaing bila sampai masanya nanti. Belajar rajin-rajin ye sayang.

Alisha dan Bilik Mainannye

Hari ni Sabtu takde aktiviti luar yang Papa dan Mama rancang coz kontraktor pemaju nak datang untuk baiki defect yang dah kami lapor sebelum ni. Alhamdulillah la akhirnya ambil tindakan jugak setelah Papa give up dengan staff baru pemaju yang ambil mudah semua perkara. Now ada staff yang ganti so macam progress agak baik. Kebetulan hujan pula petang tu so cancel appointment ke hari Ahad. So secara rumusannya kami buang masa je la dengan menonton tv dan tidur petang bersama-sama.hehehe

Kira-kira jam 9 malam Naufal telah ditidurkan oleh Mama coz rasanya dia tidur petang sekejap je. Mama cerita yang dia antara ahli keluarga ni yang bangun paling awal petang tadi. So Papa dan Alisha yang bangun agak lewat petang tadi turun untuk menonton TV. Sambil Papa update GALERI blog ni, mencari-cari juga la kot-kot ada material yang menarik boleh dikongsi dalam blog ni.

Ketika masuk ke bilik mainan  Alisha, sememangnya macam SINGAPURA DILANGGAR TODAK. Bersepah-sepah dan tidak teratur semua item. Ni rasanya Mama belum checked kot. If Mama dah start buat audit rasanya habis la Alisha. Tapi rasanya ni aktiviti awal pagi Ahad untuk Alisha so great prepared for it la dear. Jom tengok pic yang Papa snapped


ES Idol : CiptaanNya Yang Indah

Mula-mula dulu tak caam yang ni lagu baru Alisha. Tapi lepas 2-3 hari dan banyak kali dengar rupa-rupanya lagu, ingatkan doa ke surah baru ke. Jom dengar...

Jumaat, 4 Januari 2013

New Year 2013 activities

1 Januari 2013, berjumpa lagi tahun baru untuk tahun ni bagi kami sekeluarga. Insyallah Alisha akan menganjak ke usia 4 tahun dan Naufal ke usia 1 tahun. Alhamdulillah, masih dapat menjalani kehidupan ni dengan keadaan sederhana namun selesa.

OK, 5 hari sebelum new year, Papa dan Mama telah membuat ad-hoc planned dengan balik ke Melaka dan Terengganu dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah berjaya la juga buat dalam masa yang agak packed tu. Sedikit penat tapi dapat la tebus kembali masa kami yang sememangnye packed tahun 2012 dan sedikit kesempitan akibat berpindah rumah Oktober 2012 yang lepas. Insyallah lepas ni Papa dan Mama akan cuba stabilkan keadaan keluarga kecil ni semula dan jika ada rezeki lebih boleh la balik kampung sokmo.

Tanggal 31 Disember 2012, alhamdulillah kami selamat melepasi kawasan-kawasan banjir di Terengganu. Hujan lebat yang berat pada malam 30 Disember 2012 menyebabkan beberapa ladang kelapa sawit tenggelam. Syukur la dapat sampai rumah dengan selamat. So balik je rumah semua pun keletihan dan berehat je la tanpa ada sebarang aktivi lain.

1 Januari 2013, hari kami bermula agak awal. Selepas siap bekemas perkara-perkara patut so semua bersiap untuk keluar. Mama macam takde planned yang agak heavy pada hari tersebut, cuma ARAHKAN semua bergerak keluar. Macam Ad-Hoc Activities lagi la ni. Selepas selesaikan urusan Mama, kami semua decide untuk berjalan-jalan dan windows shopping di MidValley. (dah lama juga tak tak datang)

Chistmas Fiest Park, Mama dan Alisha tak nak lepaskan peluang bergambar. Macam kat luar negara pun ada. Insyallah ada rezeki kita melawat la negara orang pulak, tapi negeri sendiri pun tak abih lagi ni,acaner tu? Adik tak dapat bergambar sama coz tidur dalam 'kereta sorong'nye tu.

  Then berjalan-jalan windows shopping, Alisha pulak berminat nak masuk ke kedai yang sememangnye diminatinye iaitu Barbie's shop. Boleh tengok-tengok je la coz kene tunggu pandai dulu then baru awarded. Sempat juga la nak bergambar dengan Barbie's huge sticker tu.
Sian adik, tak dapat bergambar dengan Christmas Fiest Park secara dekat, dari atas pun jadi lah
Lepas penat berjalan kami pun tak a little rest di McD. Lepas dah fill up energy kami pun berwindows shopping semula. Then sampai la kami di kedai Daiso Japan. Tak pernah lagi ke kedai ni. Barangan semua kebanyakannya RM5 sahaja tapi memang macam-macam la. Memang rambang mata la Papa dan Mama. Tapi Alisha dan Naufal diutamakan so beli la mainan untuk hilangkan KEPENATAN mengikut kami ni.

asad Coz Mama dan Alisha nak queue untuk bayar, Papa dan Naufal duk kat luar je. Laluan pun boleh tahan sesak. Time keluar dari Daiso Japan, Naufal dah buat muka cam kat pic atas tu menandakan dah bosan duduk.



 Seronok le si adik dapat bertatih. Alhamdulillah, nampak adik memang banyak progress untuk berjalan. Harap-harap sebelum setahun dapat la berjalan.
Kak Icha nak juga bergambar kat kedai baby ni coz ada gambar POH.
Last sekali kami ke Carrefour untuk beli stok makanan dan few items Naufal ke sekolah esoknye. Di ruangan baby ada pulak diletakkan maskot Upin Ipin. Alisha pun tak nak la lepaskan peluang bergambar dengan few characters there. Naufal pun nak bergambar jugak walau posed ntah ape-ape jer



Hari yang memang memenatkan tapi takpe la asalkan Mama, Alisha dan Naufal ada aktiviti jugak time cuti-cuti ni. Lepas ni macam nak planned something big for our holiday, apa yer?ermmmmm........

Khamis, 3 Januari 2013

Alisha 1st Day with Lil Caliph Uniform

Semalam hari pertama Alisha ke school after 7 days of sweet holiday tapi tak dapat uniform lagi coz tak sempat bayar fees sebelum cuti (belum gaji la Papanye pun). Hari ni hari pertama ke sekolah dengan uniform rasmi. Nampak dah besar anak Papa ni. Alhamdulillah malam sebelumnya tidur agak awal so pagi ni dimulakan dengan mood yang agak baik (biasanya moody jer)

Bermula dengan baik sehingga sampai ke sekolah tapi yang tak bestnya ialah situasi di sekolah yang agak KURANG BAIK di mana ramainye bebudak yang menangis (mungkin 1st time ke school ko). Secara spontan Alisha terus jadi takut nak masuk ke dalam sekolah dan mula menangis. Terpaksa la Papa dukung dan tenangkan. Teacher yang memang biasa dengan Alisha turut memujuk cuma ending cerita sedih tu je Papa tak sempat nak tahu. Insyallah semua akan berjalan dengan baik untuk Alisha bila pelajaran bermula nanti (teacher semua kata Alisha memang bersemangat bila belajar).

Belajar rajin-rajin dan cepat pandai. Nanti boleh jadi teacher kepada Aqeef Naufal tu..


ES Idol : Banana Song

Nak dengar lagu terbaru bintang Idol Papa dan Mama? Jom layan single Alisha ni = )