Dalam tempoh sepanjang mama berpantang, kira-kira 2 bulan gitu la, memang jarang la papa dapat jumpa Alisha coz bekerja, if ada kelapangan masa and duit baru la balik Terengganu jenguk Alisha and mama. Memang terasa rindu gila kat mama and Alisha time tu. Kerja pun rasa mcm tak berapa fokus. Nasib baik mama snap photo alisha and send ke papa so tu je la jadi pengubat rindu. So ni pic Alisha masa umur 1 dan 2 bulan. Dah bley nampak tak macam rupa sape? Time ni takde pipi cam mama and ramai la kata hidung Alisha mancung. Nilai ler...
Umur Alisha 3-4 bulan tak banyak pic dapat snap. Ye la masa ni mama pun baru start kerja and jadual kehidupan Kami pun dah berubah. Papa kerja jauh, mama even dekat tapi KL korang tau la keadaannya, Alisha plak terpaksa hantar ke Taska. Kengkadang rasa cian plak, ye la baru 2 bulan lebih dah kene g taska. Papa ntah bila la dapat transfer coz if kat Putrajaya maybe dekat la cket ngan Alisha. Mungkin lebih kerap dpt tau keadaan baby ni. Ntah la...Tuhan jer yang tau semua persoalan ni..Pic 3 bulan ni papa snap masa kene jaga Alisha, cuti or kursus tak berapa ingat plak tapi yang pasti mama balik lambat coz kerja. Dah nampak kot pipi macam mama dia kan?
Ok..now Alisha 5 bulan dah, sepanjang tempoh masa ni Alisha sangat aktif, jarang dapat sakit, Alhamdulillah la. Mungkin sebab susu badan so antibodi dia agak kuat.Masa Aidilfitri lalu, genap usia Alisha 1/2 tahun. Memang jadi perhatian dia masa balik Terengganu (masa tu raya pertama kene balik kampung mama) plus dia tak banyak ragam and bley masuk ngan semua orang. Maybe kene buat Post Entry pasal aidilfitri airitu so dapat la tengok pic-pic Alisha yang lain. Akan dipertimbangkan...
Alisha 7 bulan dia dah pun ke majlis Konvokesyen Diploma UNITAR dan Ijazah UiTM bagi mendapatkan sijil Makcik Aren and Makcik Eira. Harap-harap dapat la aura tu ke Alisha so murah rezeki ke menara gading.
OK, usia Alisha 8 bulan, Atuk and Nenek kat Pahang dapat jumpa buat pertama kali. Well terlalu sibuk dengan tugasan kerja and budget yang tak mengizinkan menyebabkan plan nak ke sana selalu tertangguh. Raya haji tahun 2009 pun Kami balik lewat ke Terengganu kerana banyak benda nak kene settle sebelum bercuti. So tak dapat la tengok lembu kene KORBAN. Kat Pahang sempat la Atuknye Alisha offer duk kat Resort Balok (dah dia bos memang la dapat duk free). Ada gak la pic Alisha masa kat resort. If ada masa Kami akan masukkan Post untuk Aidiladha tu. Untuk pengetahuan gak Alisha dah start makan Whipped Potato (KFC) masa umur ni. Ac2lly masa 6 bulan pun dah start makan mcm2 tp cket2 la. Now ni belasah je coz Alisha kerap tak berselera susu. Mama gak dah start tak kasi puting coz tengok lepas demam aritu dia ok je tido tak guna puting. Kengkadang cian pun ada coz Alisha akan buat muka sedih if start ngantuk. Biasa sumbat puting je dia akan tdo, now dia tergaru2 kepala. Worst come to worst kene dodoi la. Rasanya better dari puting la kot, nnt jongang plak Alisha.
Hari Keluarga TM bertempat kat Desa Waterpark (member2 papa yang bekas TM ckp takde tempat lain ke?). Kami and kawan mama, Kak Maz and Tim lewat sampai ke program tu. Mula kul 9am tp kul 10.25am baru tiba. Ok lagi kot coz baru mula nak games (yang bab2 rasmi tak penting sangat). Ni antara pic2 Alisha di awal 9 bulan and terkini la (ikut tarikh post entry). Mama dan papa ada gak bawa Alisha main pool, biasa la budak ni tak suka air. Tp lama2 dia plak yang 'galak' main air =p Nak cari pelampung baby takde so sewa pelampung besar. Plan nk kasi Alisha main tp lastly mama yang main..hehe. Papa belikan topi petani (lepas mama paksa) untuk Alisha. Cantik la cket bila pose masa Hari tu. Ada plak kawan mama yang nak jadikan Alisha GF...Nnt Alisha pertimbangkan coz budak taska pun kene pertimbang gak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan