Halaman

Ahad, 24 Januari 2010

Aktifnye Alisha...



Hari ni bermula lebih awal untuk Alisha iaitu sekitar 8.00pagi. Mama dan Papa yang letih cket so memulakan pagi 'weekend' sekitar jam 9.00pagi. Apa yang Alisha buat dalam tempoh 1 jam tu kene la tanya Alisha. Alisha sangat aktif hari ni. Pagi-pagi dah tersenyum and gelak-gelak. Panjat-memanjat katil untuk 'trainning' berjalan merupakan rutin Alisha setiap pagi Sabtu and Ahad just arini dia buat latihan lebih cket. Arini mama buat bubur ikan untuk dia dan agak terkejut la coz habis satu mangkuk tu (maybe coz lapar or rindu dh lama tak merasa bubur ikan mama, tak tau la). Dalam kul 12.30t/hari gitu Alisha mendarat untuk tido (cam biasa la susah cket coz mama dah buat sekatan barangan import dia iaitu PUTING).

Sekitar jam 2.00 petang Alisha dah bangun. Mungkin penat dah hilang kot coz pagi-pagi dah aktif sangat2. Arini cuaca tak berapa elok coz hujan lebat sampai ke petang. Plan Papa nak bawa Alisha and mama jalan-jalan 'round' taman terpaksa dibatalkan. Alisha gelak-gelak jer arini. Papa acah-acah cket dia akan 'respond' macam kelakar sangat. Well papa dan mama just takut Alisha demam coz aritu masa Cik Teh Amy datang dia macam ni gak and lastly demam 4-5 hari. Tak pasal-pasal mama and papa bergilir cuti jaga Alisha. Yang paling gembira la rasanya coz arini Alisha dah bley bangun sendiri tanpa bantuan buat pertama kali tapi dengan memaut sofa la, kira ok la tu kan. Itu la 'progress' paling baik hasil aktifnya Alisha dari pagi. Masa dicatatkan pada pukul 7.52 malam.

Aktiviti Alisha yang buat papa and mama tergelak besar ialah aktiviti bermain dengan alat musik yang dibeli kat Giant (ala shaker yang bley berbunyi tu, nnt ada masa Kami akan masukkan dalam post). Well sebab terlalu galak menghayun alat tu sambil tergelak-gelak coz melayan papa and mama dia terketuk lututnya sebanyak dua kali dalam keadaan yang agak kuat. Yang peliknya dia tak menangis tapi dengan pantas menggosok-gosok lututnya tu sambil buat muka terkejut. Alat tu secara automatik la dilemparkan coz nak urut lutunya yang sakit kot hahahaha....Tak pasti la berjaya tak digambarkan situasi tu dalam blog ni tapi yang pasti papa and mama ketawa macam nak pecah perut.

Macam biasa la 'if she was very active in her day, de consequences is....SUSAH NAK TIDOR'. Terpaksa la dodoikan ikut giliran...mama...then papa...sampai Alisha tido. Kalu nak tau Alisha sangat tak berselera dengan susu, kalu minum pun cket jer. Aritu buat pemeriksaan kesihatan nurse maklumkan berat Alisha hanya 8.5kg jer (Alisha nak jadi model ke?). Mama la yang paling risau sampai plan nak masukkan cket gula kasi sedap..hehehe....

1.33pagi...Now Alisha and mama dah tido (mama ni kata nak surf Net), Alisha tido 'flat' sangat. Mungkin penat sangat-sangat kot. Well papa pun dah macam mengantuk so ITZ BED TIME....ZZZZZZZZZ




Tiada ulasan:

Catat Ulasan