Halaman

Khamis, 3 Disember 2020

KOLAM BARU KAMI??

 Dalam bulan-bulan PKP ni Mama rajin membeli dalam Shoppe la, GoShop la, order GrabFood la, Food Panda la dan macam-macam lagi. Mungkin ni cara sekarang untuk beli barang memandangkan kami semua dah tak boleh nk berjalan keluar rumah macam biasa. Bebaru ni Mama dah tunaikan janji nak belikan kami kolam renang. Mungkin sebab ada promosi Tesco so Mama dan Papa ambil peluang belikan kami kolam tu. Yeay memang besar sangat....muat la kakak, Naufal dan Uwais (Ruzayn kene tunggu dulu la sebab nak merangkak pun tak lepas lagi hehehehe).

Memang besar untuk kami bertiga (terima kasih Mama jadi tukang amik gambar)

Yang tak best ialah kami kene mengisi air dalam kolam tu yang mengambil masa sekitar 40 minit. So biasanya kami akan mula minta kebenaran Papa atau Mama bermula pukul 3.30 dan ke atas untuk pastikan masa yang cukup untuk air penuh (tu belum lagi kira ada lumut nak kene bersihkan...huhu)



Hallu guys...let's have fun on this great and huge pool of us...enjoy!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan