...
KRONOLOGI UWAIS
11/7/2016
10:20pm : Mama dah mula contraction dengan kerap
10:40pm : Semua dah tido....Mama ngadu sakit-sakit dalam tempoh yang sangat kerap
11:56pm : Mama baru dapat lena dan Papa pun baru boleh tido
12/7/2016
1:30am : Papa tersedar dan tengok Mama tak tido lagi. Mama cakap contraction makin kerap dan ajak tido bawah.....Lapar perut jugak la dan Mama nak makan (fries jer)
6:40am : Mama bangun dan kejut Papa cakap sakit-sakit. Mama cakap masa mandi ada banyak darah turun. Papa decided amik Emergency Leave untuk ke hospital
7:40am : Hantar Kakak dan Naufal ke sekolah then terus ke hospital
8:32am : Tiba di hospital tapi sarapan dulu coz Mama takut lapar
9:04am : Terus ke kaunter hospital kemudian terus masuk labour room untuk check up
9:08am : Nurse mula periksa Baby's Heart Beat
10:00am : Stop periksa Heart Beat coz bacaan OK
10:34am : Dr.Wan periksa laluan dan dah 6cm cuma kedudukan baby agak ke kanan dan masih di atas dan juga selaput ketuban masih agak tebal. Dr.Wan decided pecahkan ketuban.
11:03am : Papa daftar Mama untuk admitted then terus ambil barang-barang kelengkapan yang dah standby dalam kete. Papa wassap nenek untuk datang ke salak tinggi.
11:20am : Mama dan salin pakaian hospital, air ketuban dah mula banyak keluar
11:34am : Mama ambil suntikan tahan sakit dan mula ambil water drip
11:40am : Mama tido kerana terlalu mengantuk
12:10pm : Nurse tambah bacaan water drip ke 24.0ml/h dan minta Mama mengiring untuk periksa Baby's Heart Beat.
12:50pm : Mama mengadu sakit. Papa ambilkan bantal untuk Mama.
1:30pm : Dr.Wan periksa jalan dan 9cm dan minta Mama bersedia dalam 30 minit lagi
1:45pm : Nurse mula siapkan kelengkapan untuk delivery
1:56pm : Nurse mula bersiap untuk mulakan proses delivery
2:02pm : Alhamdulillah...Uwais selamat dilahirkan....dah mula berak sedikit...habis badan penuh najis kuning.....Berat 3.3kg
2:10pm-2.20pm : Nurse bersihkan Uwais, Papa mula azankan-belah mulut then Nurse berikan suntikan pertama. Hospital An-Nur ni sangat bagus kerana sediakan mini pack air zam-zam dan kurma bagi keperluan Papa.
Papa kongsikan juga la sedikit video gelagat Uwais yang Mama sempat snap.
Uwais 1
Uwais 2
Uwais 3
Special Kakak nyanyi untuk Uwais....macam tak FAHAM je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan