Rabu, 28 November 2018
Kakak Masak Sup Untuk KAMI
Hari ni Papa terpaksa Cuti Kecemasan sebab adik tak sihat plak. mungkin sebab telinga infection. Dalam tdo pun dia nangis. Moga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik untuk adik. So dalam mood cuti pun Papa masih sibuk dengan keje yang tak abih-abih. Memang tahun ni memenatkan buat Papa so harap plan cuti dalam akhir tahun dapat la berahat cket sebelum tahun 2019 yang juga akan memenatkan. Since Mama pun tak sempat masak so Papa just nak masak simple je la hari ni untuk semua then lepas siap-siap barang terus je nak masak. Saje tanya Kakak kot dia tau masak then dengan bersemangatnye jawab "Kakak tau masak tapi takut terpercik je". So papa pun ajar la Kakak nak masak sup rini dengan bahan-bahan yang dah siap. Rini dapat la kami rasa masakan CHEF KAK ICHA...hehehhe....
Sabtu, 17 November 2018
Naufal Orientasi Darjah 1
Hari ni bermula sesi orientasi Naufal bagi pelajar darjah 1 dan menandakan bermulanya satu langkah Naufal untuk menjadi lebih baik dari di Little Caliph. Pilihan sekolah semestinya di SK KLIA, alhamdulillah dapat juga sekolah sama dengan Kak Icha. Seawal jam 7.45pagi dah ada di sekolah (pukul 8 pagi kene ada sekolah sebenarnya, ok la tu awal cket). Mama tak gi sekali sebab si Adik baik punye Krohhhhhh....tido lewat kot malam tadi. So Papa, Kakak dan Abang je la.
Ready dah untuk orientasi....dah dua hari muka buat latihan.....
Jumaat, 16 November 2018
Kecemerlangan Menurun Tahun ni
Tahun 2018 ialah tahun cabaran bagi Kakak. Selain akan menamatkan tahap 1, prestasi tak tetap di KAFA dan KLIA juga dah mula nampak di awal tahun. Papa dah aturkan jadual belajar untuk Kakak bermula Mac-April gitu coz nak aturkan Kakak agar boleh belajar sendiri.
Exam awal tahun menampakkan permulaan kurang baik untuk Kakak. Walau bagaimanapun semasa pertengahan tahun ada sedikit peningkatan untuk KAFA dan KLIA. Papa selalu pesan Kakak untuk fokus pada peperiksaan akhir tahun kerana di situ paling penting sekali. Akhirnya untuk peperiksaan akhir tahun untuk KLIA kakak hanya MAMPU berpuas hati dengan kedudukan darjah dan keseluruhan iaitu 10 manakala bagi KAFA juga turun di tempat ke 9. Dari aspek lain, Kakak dah berjaya kekalkan penguasaan dalam semua yang dipelajari iaitu 'A' di KLIA (Kecuali Pendidikan Islam, xpe la tak dikira pun) dan KAFA namun mungkin ada yang lebih menguasainya berbanding Kakak.
Tahun 2018 dah nak berlalu pun dan Papa pesan ke Kakak cuba tengok balik apa yang dah buat tahun ni serta hubungan dengan Ibubapa kerana mungkin Dia nak uji Kakak dari sudut itu untuk tidak menemui jalan berjaya. Jangan pandangan tahun ni lagi dan fokus untuk tahap 2 tahun depan.
Exam awal tahun menampakkan permulaan kurang baik untuk Kakak. Walau bagaimanapun semasa pertengahan tahun ada sedikit peningkatan untuk KAFA dan KLIA. Papa selalu pesan Kakak untuk fokus pada peperiksaan akhir tahun kerana di situ paling penting sekali. Akhirnya untuk peperiksaan akhir tahun untuk KLIA kakak hanya MAMPU berpuas hati dengan kedudukan darjah dan keseluruhan iaitu 10 manakala bagi KAFA juga turun di tempat ke 9. Dari aspek lain, Kakak dah berjaya kekalkan penguasaan dalam semua yang dipelajari iaitu 'A' di KLIA (Kecuali Pendidikan Islam, xpe la tak dikira pun) dan KAFA namun mungkin ada yang lebih menguasainya berbanding Kakak.
Tahun 2018 dah nak berlalu pun dan Papa pesan ke Kakak cuba tengok balik apa yang dah buat tahun ni serta hubungan dengan Ibubapa kerana mungkin Dia nak uji Kakak dari sudut itu untuk tidak menemui jalan berjaya. Jangan pandangan tahun ni lagi dan fokus untuk tahap 2 tahun depan.
Mata Pelajaran Arab Terbaik
...
Anugerah Khas : Penolong Ketua Darjah
...
Alhamdulillah....tahun depan cuba lagi ye....
Photobook kenangan......Tahniah Kakak......
Khamis, 15 November 2018
Uwais si Cermin.......
Perangai ni sama macam Kak icha masa kecik dulu....suka ajuk apa yang Papa buat.....Uwais ni kalu dah takde orang nak layan dia (biasa Kakak dan Abang akan main tempat rahsia) then dia akan kacau Mama atau Papa yang sedang buat kerja...Mimic Papa antaranya la....macam-macam la budak kecik ni...
Macam dalam cermin dibuatnya....
Garangnye Uwais
Macam biasa la si adik ni...dah main-main dengan abangnye mesti nak gaduh la, nangis la...tapi kejap je....lepas tu sambung main permainan lain plak....lama cket main sambung plak gaduh lain....
Garang sangat ni...apa kes pun tak tau....
Gelagat Uwais
Kuasa Ultraman dari Spender
Daddy finger, Mommy finger kot ni....
Model helmet ke pampers??
Rabu, 14 November 2018
Baju dan Seluar sama baru geng
Bebaru ni Mama kerap carikan Kakak, Abang dan Uwais baju dan seluar yang sama aka Baju Adik-Beradik tapi biasanya Abang dan Uwais la kerap matched sebab lelaki kan. Ni kira baju feveret diorang la iaitu PJ Masks dan Mickey Mouse. Jom tengok.
...
Isnin, 12 November 2018
Uwais dengan tema padang pasir
Rabu, 7 November 2018
New member of Us - AQEEF UWAIS
Satu-satunya ahli keluarga yang tiada diceritakan di dalam blog ini ialah si Adik. Mesti akan confuse adik mana plak ni coz Naufal kan memang Adik. Sekarang ni Naufal pun dah 6 tahun so dah jadi Abang pun. Welcome our new family member.....AQEEF UWAIS. Si budak yang memang ramai kata lain cket rupanya berbanding kakak dan abang. Lahir pada bulan Julai 2016 dan mempunyai ragam perangai yang sangat berbeza juga. In shaa allah dalam masa yang terdekat akan ada cerita-cerita tentang si Uwais ni. Alhamdulillah bertambah kurniaanNya kepada Papa dan Mama.
Jom layan first video untuk introduction kepada pembaca blog ES ni. Manja sangat budaknye.
Jom layan first video untuk introduction kepada pembaca blog ES ni. Manja sangat budaknye.
2018 Blog ES Revamp
Dah masuk kali ke-2 blog keluarga kecil ES ni perlu ditambah baik. Pening plak kepala bila jenguk blog ni then hampir kesemua setting yang telah Papa usahakan tak berfungsi dengan baik. Dalam kesibukan Papa ni in shaa allah akan diusahakan semula pembaikan dan penambahbaikan. 4 tahun dah pun berlalu so mmg patut pun ada masalah disebabkan tiada penyelenggaraan yang baik. Memandangkan anan-anak Papa dah mula minat nak tengok kandungan yang Papa dan Mama coretkan ni maka perlu dibaiki segera masalah pada Bolg ES ni. Pada hari entry ini dimasukkan, Papa telah berjaya tukar layout blog dengan pemilihan theme yang akan memudahkan updating nanti.
Khamis, 5 April 2018
Mama & Uwais jumpa ENT
Khamis, 29 Mac 2018
Dengan Kawan Baik Uwais ke ni?
Teacher di school Uwais suka share video dan gambar dan Mama biasanya akan dapat la benda-benda ni semua dan akan share dengan Papa. Satu video ni yang Papa rasa nk upload dalam blog ni coz macam pelik je perangainye....mesra sangat bermain.....Layan la ye..
Kawan baik kot ni....hahahaha
Selasa, 20 Mac 2018
Makhluk asing di Pejabat Papa???
Masa ni cuti sekolah so Kakak dan Naufal ke Ofiz Papa untuk habis kan masa di situ. Macam biasa la Mama tak berapa suka kakak ke transift transit coz macam-macam hal boleh jadi. Naufal plak cama biasa la nak ikut je kalu ke ofiz tu. Cuma yang memeranjatkan Papa ialah lepas lunch sesuatu yang tak sepatutnya ada di dalam pejabat tu muncul. APA BENDANYA NI?
Selasa, 13 Februari 2018
Naufal dan Basikal
Naufal kerap berlatih naik basikal tanpa tayar sokongan coz nak cepat pandai macam kakak. Matlamatnye ialah nak naik motor kat PD tu...last time dia tengok kakak naik dengan seronoknya...dia terpaksa la putih mata sebab tak pandai naik basikal.
Antara usaha-usaha Naufal ialah dengan berlatih naik basikal selepas balik sekolah. Biasa akan ada masa dalam 30minit sebelum ambil Mama di ERL Salak Tinggi plus tunggu kakak balik juga. Hasilnye CAMNE????
Success....Cool...Great Job Abang
dengan sokongan Adik yang sibuk
Ahad, 4 Februari 2018
Tutup Dapur Jom Makan di IKEA
Langgan:
Catatan (Atom)
Naufal dan geng-geng 1 Hijau dah mula masuk lane berbeza sebab cikgu dah maklumkan untuk sesi bersama pelajar akan bermula dalam masa terdekat.....
Program selesai......bergambar tiga beradik.....adik pun datang beri sokongan....sokongan la sangat kn......hehehe.......tahun ni baru Papa tau xde saringan bagi kelas-kelas sebab arahan dari Menteri yang menyatakan sekolah tidak boleh membuat ujian saringan untuk pelajar tahun 1....Menteri Kerajaan baru so idea pun baru la kot......sebab tu agak pelik nama kelasnye iaitu nama warna dan bukan nama kapal terbang macam biasa....Harap Naufal dapat belajat dengan baik dan dapat masuk kelas yang baik tahun 2020 nanti.......Papa, Mama dan Kakak akan bantu untuk ke arah tu....