Halaman

Selasa, 10 Mac 2015

2015 : Dr.Papa si pencabut gigi

9 November 2015, dah beberapa hari Papa tengok gigi kak Icha ni macam pelik. Malas nak check sebab Kak Icha pun tak mengadu giginya nak tercabut. Cuma semalam Papa tengok gigi kak Icha macam tinggi sebelah so memang ketara sangat peliknya.

So, hari ni ada aktiviti di luar so Papa cakap dengan Kak Icha kalu gigi tu tak tercabut so akan ke klinik untuk cabut. So bermula tempoh count down untuk kak icha. Memang bersungguh la nak pastikan tak nak pergi ke klinik.

Rasanya dalam 15-20 minit juga la kak icha mundar-mandir ke tandas. Lastly Papa tolong cabutkan gigi kak icha tak smpai 5 minit pun. Alhamdulillah berjaya juga kak icha mengelakkan diri untuk ke klinik gigi.

 operasi mencabut gigi selesai
 
 cantik tak....comel tak....
 
inilah bekas gigi saya...sekarang Papa akan tanam gigi ni....terima kasih ye gigi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan