Tengah duk mengemas dan menyusun gambar-gambar dalam simpanan Papa, terjumpa plak gambar Papa 9 tahun yang lalu. Tengok gambar ni tekenang macam2 perkara. Paling ingat ialah ini REZEKI nak kawin. Mama yang banyak tolong...big credit to Mama. Pegawai Teknologi Maklumat....yup tu la jawatan yang Papa akan pegang untuk mencari rezeki untuk kita semua. Semoga dipermudahkan perjalanan Papa, Mama dan anak-anak semua. Amin.
** time ni berapa berat pun tak tau...kughuih....tu yang Mama berkenan tu...hehehe
Ahad, 31 Januari 2016
Sabtu, 30 Januari 2016
2016 : New Book of US
Dah hampir 3 tahun tak tengok blog ni. Berhabuk dan bersawang rasanya...Papa dan Mama memang agak sibuk dalam 3 tahun kebelakangan ni. Macam-macam dah berlaku dan diharungi. Dalam simpanan ni memang Papa dan Mama dah simpan banyak yang kenangan yang hendak diabadikan dalam blog ni untuk tatapan dikemudian hari namun masa yang selalu berlalu ditambah dengan kepenatan yang tak kunjung pergi. Tahun 2016 ni banyak yang berlaku dan merubah rutin kita sekeluarga.
Ahad, 10 Januari 2016
Produksi ES presenting Selamat Hari Lahir Cik Teh Amirah
10 Januari 2016 kalu tak silap ialah birthday Cik Teh Amirah. Mama duk kasi peringat kat bebudak ni wishin Cik Teh diorang tu. So memandangkan kami tengah popular dengan lagu birthday dari seberang ni so tak salah dinyanyikan semula untuk Cik Teh. Jom layan hasil produksi kami.
versi Kak Icha dan Adik
original version from India....hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)
Edatul Muliana aka Mama pula memulakan tugasan di bangunan baru (boleh la dikategorikan baru juga). Yang paling terkesan ialah rutin masa yang perlu awal kerana ikut jadual Papa. Cabaran untuk Mama la tu..hehe
Adelia Alisha aka Kak Icha pula dah mula bersekolah seperti kanak-kanak biasa coz dah 7 tahun. Pagi bersekolah agama dan petang bersekolah kebangsaan. Rutin sememamgnya berubah keseluruhannya termasuk disiplin diri coz kak icha dah mula berdikari. In shaa Allah akan ada satu entry untuk kak Icha 1st week persekolahan.
Aqeef Naufal aka Adik pulak dah mula berdikari kat Little Caliph. Kak Icha dah takde so Adik bersendirian untuk belajar. Dah 4 tahun so dia sendiri selalu bahasakan diri Abang. Walau apa pun Adik tetap Adik untuk Papa dan Mama.
Dan ada seorang lagi yang in shaa Allah akan melengkapkan hidup keluarga kami berempat ni. Yang lalu Papa dan Mama dah diduga dan tiada rezeki (nanti Papa akan buat entry) so yang ni harap diberi peluang olehNya untuk kita berempat menjaga AmanahNya tu. Pe2 pun tahun ni kita akan harungi dengan tabah kerana macam2 dugaan yang menanti. Bersabar, Bertawakal dan Berdoa moga kita dapat laluinya dengan berjaya.