Halaman

Rabu, 26 Jun 2013

Botol Air Papa dan Mama

Kengkadang Papa akan bercuti if Alisha sakit coz Mama akan standby untuk Naufal. So bila duk umah and datang rajin nak buat 5S maka akan jumpa banyak benda-benda yang memorable pada Papa. Botol air, ye botol ni banyak jasa dengan Papa and Mama.

Tak ingat la bila beli botol air tapi rasanya sebelum kahwin lagi dah beli so ada la dalam 6-7 tahun. Papa dan Mama kerap keluar dating so untuk jimat kos tu Mama selalu akan masak dan penuhkan botol ni dengan air masak. Kalau dating tu memang tak tau ke mana destinasi so botol ni la akan hilangkan dahaga.

Masih wujud sehingga sekarang coz Papa kuat minum air masak termasuklah anak-anak Papa, semua mengikut. Mama yang ngelat sangat minum air masak now dah terikut-ikut tabiat Papa ni. Bagus minum banyak air, badan kurang terhidrat dan akan lebih lembab.

Muat ke nak naik berdua tu?

Kengkadang Papa dan Mama saje malas nak layan kerenah Kak Icha dan Naufal. Tapi bebudak ni bijak sangat coz if dah tak jalan plan 1 so diorang akan pergi untuk plan 2 iaitu main-main kat dalam so called bilik mainan diorang. Apa yang menarik kali ni? Jom tengok.

Kereta yang boleh kata jarang sangat 'isi minyak' tu kengkadang berguna juga untuk alat bermain. Tengok je la gelagat dua orang ni. Yang paling kesian si adik la coz kene duduk di mana saja yang available.




Macam-macam perangai la korang ni, kengkadang terhibur juga hati Papa dan Mama ni. Jadi budak-budak yang baik tau.

Isnin, 24 Jun 2013

Roti Sosej with Breadcrum - Percubaan Pertama Mama

Papa kerap beli roti sosej/sardin di kedai area ERL Salak Tinggi iaitu Kota Warisan. Harga murah je, RM0.50/pieces. Agak besar dan berbaloi la untuk beli. So, Mama pun apa lagi nak buat juga la untuk kami makan tapi masalahnya breadcrum macam susah sangat nak cari. Lastly MakSu Aren yang berjaya juga cari di kedai area ofis lamanya.

So time balik Melaka (Papa pun tak ingat bulan bila tapi tahun ni la), Papa belikan sosej dan roti. Mama pun mulakan membuat sarapan pagi kami. Oleh kerana 1st time buat so Mama dah terletak lebih breadcrum tu so agak berhabuk cket la tapi memang sedap la dengan teh O lagi. Thanks Mama. Boleh la buat lagi lain kali untuk kami.

Babai Puting from Naufal

Ada empat peringkat paling penting untuk anak-anak ni sebelum mereka akan lebih mudah berdikari iaitu 'Nak Buang Puting', 'Nak Putuskan Nyusu Badan', 'Nak Putuskan Pampers' dan 'Nak Buang Botol'.

Papa dh tetapkan, anak-anak Papa akan mula dibuangkan puting bermula usia 9 bulan. Kalau tak silap Adik buang puting dalam 10 bulan or 11 bulan (rasanya Mama ingat kot coz dia punya projek ni..hehehe). Alhadulillah, adik baik sangat dan dengar kata so tak banyak ragam time tak dapat puting cuma Mama bekalkan puting time ke taska. Kat umah mandatori no PUTING. Kat atas ni gambar detik-detik terakhit adik bersama pasangannya...PUTING. Babai puting.....one step forward to become independen..

Petua bagi Mengurangkan masalah Selsema bagi Anak Kecil

Ni nak share cket la coz dah amalkan sejak dari Kak Icha lagi dan memang orang tua-tua duk pesan perkara yang sama bagi masalah selsema bebudak kurang 2 tahun ni. Boleh juga if nak amalkan pada anak-anak yang lebih 2 tahun coz bahan yang digunakan adalah semulajadi.

 
Bahan yang dimaksudkan adalah kunyit. Mudah nak dapat dan amat mujarab. Cara nk gunakan adalah dengan menumbuk (bukan kisar ye) kunyit ni sehingga keluarkan air (letak la air cket untuk jadikan hampas kunyit lebih lembab). Setelah selesai letakkan pada batang hidung anak anda (kene pastikan dia tak gosok hidung pulak untuk elakkan kuning satu muka pulak.). Jangan risau la coz tanda kuning akan hilang, sama macam kunyit yang terkena tangan cuma ambil masa cket la, mungking dalam 3-4 hari. Jom tengok demo pada model kat bawah ni. Selamat mencuba.


Kisah Papa, Mama, Adik dan IMPIAN restaurant

Cerita ni la,bat cket la entrynya tapi tak silap dalam bulan 2 or 3 la. Time tu adik demam dan agak merisaukan sampai taska call. Mama immediately half day dan Papa pun lari-lari time lunch hour untuk bawa adik gi klinik. Mama tak nak pergi Klinik di Taman Seroja tapi nak cuba klinik panel kat Giant Nilai. So bermulalah kisah kami di sana.

Setelah selesai bawa adik mendapatkan rawatan, Papa pun bawa Mama dan Naufal untuk lunch, ye la nnt tak perlu la nk masak kat umah lagi. Boleh focus jeram kepala adik. So kami pun tak familiar sangat kedai-kedai makan kat situ, secara automatik terus nk cuba makan di restoran IMPIAN.

Overall kedai memang selesa (ada WIFI free lagi..hehe). Menu juga agak pelbagai, gabungan western dan normal dishes. Kids delight menu pun ada few sets, ok la untuk memujuk budak-budak yang liat nak makan benda lain.



Makanan yang kami pesan adalah Ice Blended Choc, Hot Choc, Nasi Ayam, Nasi Goreng Tom Yam dan untuk adik fries je la. Ada juga snapshot cket menu dari flyies yang dia kasi. Sementara nak menunggu makanan sampai, tengok je la gelagat budak sakit ni (tak nampak macam sakit pun...ermmmm).


Time makan pun Mama ambik few shots orang sakit makan. Macam-macam hal adik ni. Alhamdulillah adik jarang sangat sakit compared to kak Icha. Cuma kalu sakit agak lambat cket recovered berbanding kakaknya.



Ahad, 23 Jun 2013

Trip Little Qaliph ke Aquaria KLCC - Alisha's 1st trip without us

Dah lama sungguh tak buka blog ni. Papa dan Mama terlalu sibuk dengan kerja. Banyak peristiwa dah berlaku. Insyallah sebelum akhir tahun ni Papa dan Mama akan cuba update cerita blog ni dengan gambar-gambar dalam simpanan yang ada. Ok post kali ni agak menarik untuk dikongsikan dan Papa kene juga lekatkan dalam blog ni agar tak lupa. Ceritanya adalah Trip Pertama Kak Icha tanpa Papa dan Mama.


Pada 18/06/13 (Selasa) yang lalu, sekolah Kak Icha telah mengadakan trip ke Aquaria KLCC. Dua minggu lebih awal dah notis tentang trip ni kepada semua parent untuk mendapatkan kebenaran tapi macam biasa la tak sempat nak sign pun. Lastly teacher Alisha yang jumpa Papa untuk bertanyakan hal ni dan immediately signed kat school je. Trip hanya separuh hari sehingga 12.00 tengahari tapi bertolak jam 8.00 pagi.