Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

2013 : Main Air di Air Terjun Gunung Ledang (SAGIL)

30-31 Disember 2013, kebiasaannya Papa dan Mama akan ambil 2-3 hari cuti-cuti hujung tahun untuk spent masa dengan Kak Icha dan Adik. Kali ni kami plan berjalan ala-ala back packer ke Melaka. Jom kita terjah Gunung Ledang.

Kami menginap di hotel yang baru dibuka beberapa bulan di Melaka iaitu Sandy Hotel. Hotel tersebut berada di kawasan Cheng (berhampiran Tesco Cheng). Tempat yang sesuai kerana dikelilingi kedai dan berhampiran juga dengan pusat bandar. Harga ditawarkan juga amat berpatutan dan bersesuaian dengan perkhidmatan dan keselesaan yang diberikan.


...
Hari pertama cuma duduk dan menikmati keselesaan hotel. Kene la berehat secukupnya coz esok mesti akan lebih penat. So, aktiviti kami ke Air Terjun Gunung Ledang Sagil bermula esok harinya. Pagi bermula agak lewat untuk kami semua coz maybe penat travel semalam, so lepas sarapan pagi di kedai berhampiran hotel maka perjalanan kami ke Sagil bermula. Ini ialah kali pertama Kak Icha dan semestinya Adik ke sana. Yang paling tak tahan sejuk ialah adik. Sekejap je dah berbungkus. Kak Icha sangat bersemangat bermain air terjun walaupun hanya di kawasan paling landai. (Mama tak kasi naik lebih tinggi). Tapi masih ok coz ada banyak anak-anak ikan yang menarik perhatian Kak Icha dan Adik kat situ.

Isnin, 1 Julai 2013

Naufal 1st time sembelit

29/06/13 yang lalu kami sekeluarga balik melaka coz dah lama tak jenguk Nenek Jah dan Maksu Aren. Diorang pun duk tanya bila nak balik so ada masa and kewangan pun mengizinkan maka kami pun ke sana la. Alhamdulillah tiba di Melaka dengan selamat kira-kira jam 5pm la. Planned nak ke Zoo dulu then baru balik umah tak kesampaian coz Zoo tutup pukul 6pm dan hanya ada night safari je. Papa pun decided untuk tangguh ke Zoo dan pergi esok hari sahaja.

Tiba di umah Nenek Jah, Naufal OK je. Macam biasa la duk main-main dengan excitednye. Nak masuk waktu Maghrib baru la masalah muncul. Mama perasan Naufal macam meneran agak lama then nangis coz tahi keras kot. Di hentian Ayer Keroh dah siap-siap beli pisang untuk Naufal tapi nampaknya macam tak jalan sangat.

Lastly Mama decided untuk ke klinik. So doc pun kasi la ubat macam kat bawah ni.



Papa pesan jangan guna dulu coz takut nanti adik jadi takut nak berak lagi. Mama pulak ajak cari buah aprikot dan kiwi coz member Mama cakap agak berkesan. Malam tu berak juga la tapi cket je, lastly tertidur lepas sapu ubat .

Esoknya Naufal meragam lagi tapi kali ni Papa dan Mama la yang usahakan bantu. banyak juga la  yang keluar tapi maybe sebab tak abih so adik meragam lagi. Papa pun ambil ubat tu dan masukkan ke punggung adik. Lebih kurang 7-8 saat terus keluar semua taik keras tu then terus adik nangis-nangis tapi lepas tu lega. Alhamdulillah. Mama la yang paling cemas coz ni kali pertama adik meragam camtu, menangis coz mengadu tak selesa or sakit perut agaknya.

Rabu, 26 Jun 2013

Botol Air Papa dan Mama

Kengkadang Papa akan bercuti if Alisha sakit coz Mama akan standby untuk Naufal. So bila duk umah and datang rajin nak buat 5S maka akan jumpa banyak benda-benda yang memorable pada Papa. Botol air, ye botol ni banyak jasa dengan Papa and Mama.

Tak ingat la bila beli botol air tapi rasanya sebelum kahwin lagi dah beli so ada la dalam 6-7 tahun. Papa dan Mama kerap keluar dating so untuk jimat kos tu Mama selalu akan masak dan penuhkan botol ni dengan air masak. Kalau dating tu memang tak tau ke mana destinasi so botol ni la akan hilangkan dahaga.

Masih wujud sehingga sekarang coz Papa kuat minum air masak termasuklah anak-anak Papa, semua mengikut. Mama yang ngelat sangat minum air masak now dah terikut-ikut tabiat Papa ni. Bagus minum banyak air, badan kurang terhidrat dan akan lebih lembab.

Muat ke nak naik berdua tu?

Kengkadang Papa dan Mama saje malas nak layan kerenah Kak Icha dan Naufal. Tapi bebudak ni bijak sangat coz if dah tak jalan plan 1 so diorang akan pergi untuk plan 2 iaitu main-main kat dalam so called bilik mainan diorang. Apa yang menarik kali ni? Jom tengok.

Kereta yang boleh kata jarang sangat 'isi minyak' tu kengkadang berguna juga untuk alat bermain. Tengok je la gelagat dua orang ni. Yang paling kesian si adik la coz kene duduk di mana saja yang available.




Macam-macam perangai la korang ni, kengkadang terhibur juga hati Papa dan Mama ni. Jadi budak-budak yang baik tau.

Isnin, 24 Jun 2013

Roti Sosej with Breadcrum - Percubaan Pertama Mama

Papa kerap beli roti sosej/sardin di kedai area ERL Salak Tinggi iaitu Kota Warisan. Harga murah je, RM0.50/pieces. Agak besar dan berbaloi la untuk beli. So, Mama pun apa lagi nak buat juga la untuk kami makan tapi masalahnya breadcrum macam susah sangat nak cari. Lastly MakSu Aren yang berjaya juga cari di kedai area ofis lamanya.

So time balik Melaka (Papa pun tak ingat bulan bila tapi tahun ni la), Papa belikan sosej dan roti. Mama pun mulakan membuat sarapan pagi kami. Oleh kerana 1st time buat so Mama dah terletak lebih breadcrum tu so agak berhabuk cket la tapi memang sedap la dengan teh O lagi. Thanks Mama. Boleh la buat lagi lain kali untuk kami.

Babai Puting from Naufal

Ada empat peringkat paling penting untuk anak-anak ni sebelum mereka akan lebih mudah berdikari iaitu 'Nak Buang Puting', 'Nak Putuskan Nyusu Badan', 'Nak Putuskan Pampers' dan 'Nak Buang Botol'.

Papa dh tetapkan, anak-anak Papa akan mula dibuangkan puting bermula usia 9 bulan. Kalau tak silap Adik buang puting dalam 10 bulan or 11 bulan (rasanya Mama ingat kot coz dia punya projek ni..hehehe). Alhadulillah, adik baik sangat dan dengar kata so tak banyak ragam time tak dapat puting cuma Mama bekalkan puting time ke taska. Kat umah mandatori no PUTING. Kat atas ni gambar detik-detik terakhit adik bersama pasangannya...PUTING. Babai puting.....one step forward to become independen..

Petua bagi Mengurangkan masalah Selsema bagi Anak Kecil

Ni nak share cket la coz dah amalkan sejak dari Kak Icha lagi dan memang orang tua-tua duk pesan perkara yang sama bagi masalah selsema bebudak kurang 2 tahun ni. Boleh juga if nak amalkan pada anak-anak yang lebih 2 tahun coz bahan yang digunakan adalah semulajadi.

 
Bahan yang dimaksudkan adalah kunyit. Mudah nak dapat dan amat mujarab. Cara nk gunakan adalah dengan menumbuk (bukan kisar ye) kunyit ni sehingga keluarkan air (letak la air cket untuk jadikan hampas kunyit lebih lembab). Setelah selesai letakkan pada batang hidung anak anda (kene pastikan dia tak gosok hidung pulak untuk elakkan kuning satu muka pulak.). Jangan risau la coz tanda kuning akan hilang, sama macam kunyit yang terkena tangan cuma ambil masa cket la, mungking dalam 3-4 hari. Jom tengok demo pada model kat bawah ni. Selamat mencuba.


Kisah Papa, Mama, Adik dan IMPIAN restaurant

Cerita ni la,bat cket la entrynya tapi tak silap dalam bulan 2 or 3 la. Time tu adik demam dan agak merisaukan sampai taska call. Mama immediately half day dan Papa pun lari-lari time lunch hour untuk bawa adik gi klinik. Mama tak nak pergi Klinik di Taman Seroja tapi nak cuba klinik panel kat Giant Nilai. So bermulalah kisah kami di sana.

Setelah selesai bawa adik mendapatkan rawatan, Papa pun bawa Mama dan Naufal untuk lunch, ye la nnt tak perlu la nk masak kat umah lagi. Boleh focus jeram kepala adik. So kami pun tak familiar sangat kedai-kedai makan kat situ, secara automatik terus nk cuba makan di restoran IMPIAN.

Overall kedai memang selesa (ada WIFI free lagi..hehe). Menu juga agak pelbagai, gabungan western dan normal dishes. Kids delight menu pun ada few sets, ok la untuk memujuk budak-budak yang liat nak makan benda lain.



Makanan yang kami pesan adalah Ice Blended Choc, Hot Choc, Nasi Ayam, Nasi Goreng Tom Yam dan untuk adik fries je la. Ada juga snapshot cket menu dari flyies yang dia kasi. Sementara nak menunggu makanan sampai, tengok je la gelagat budak sakit ni (tak nampak macam sakit pun...ermmmm).


Time makan pun Mama ambik few shots orang sakit makan. Macam-macam hal adik ni. Alhamdulillah adik jarang sangat sakit compared to kak Icha. Cuma kalu sakit agak lambat cket recovered berbanding kakaknya.



Ahad, 23 Jun 2013

Trip Little Qaliph ke Aquaria KLCC - Alisha's 1st trip without us

Dah lama sungguh tak buka blog ni. Papa dan Mama terlalu sibuk dengan kerja. Banyak peristiwa dah berlaku. Insyallah sebelum akhir tahun ni Papa dan Mama akan cuba update cerita blog ni dengan gambar-gambar dalam simpanan yang ada. Ok post kali ni agak menarik untuk dikongsikan dan Papa kene juga lekatkan dalam blog ni agar tak lupa. Ceritanya adalah Trip Pertama Kak Icha tanpa Papa dan Mama.


Pada 18/06/13 (Selasa) yang lalu, sekolah Kak Icha telah mengadakan trip ke Aquaria KLCC. Dua minggu lebih awal dah notis tentang trip ni kepada semua parent untuk mendapatkan kebenaran tapi macam biasa la tak sempat nak sign pun. Lastly teacher Alisha yang jumpa Papa untuk bertanyakan hal ni dan immediately signed kat school je. Trip hanya separuh hari sehingga 12.00 tengahari tapi bertolak jam 8.00 pagi.

Selasa, 14 Mei 2013

2013 : Naufal cute pose? Kesian pose?

Banyak sangat pic dalam simpanan ni yang masih belum publish. Harap-harap ada la masa untuk diluangkan kat blog ni. OK so untuk thread kali ni just nak share satu pic Adik yang Papa rasa comel sangat. Ermmm...kesian pun bley gak. So nak tau pic yang mana? Jom tekan rumput rampai di bawah ni.


pandangan korang camne? pandai betul dak adik ni buat muka camtu..

Khamis, 4 April 2013

2013 : Adik Buli Papa?

Aqeef Naufal atau Adik baru menginjak setahun tapi macam-macam gelagat sepanjang Papa membesarkan dia. Ramai orang cakap adik ni kelakar. Kecik-kecik dah pandai amik hati orang.
Selain amik hati orang, dia ni dah pandai nak buli Papa. Tak patut sungguh ler.

 STEP 1 : Angry Bird Lips
 STEP 2 : Eye Scratching
STEP 3 : Palm Face

Rabu, 13 Mac 2013

2013 : Cake Design for Alisha's birthday

Tahun ni genap Alisha 4 tahun so dah petah sangat bercakap dan mula nak belajar banyak benda. So Papa beri Alisha peluang pilih sendiri tema, warna, karektor dan lain-lain yang dirasakan nak letak pada kek harijadinya kali ni. (Since Papa decided all designs for the past 3 years for her)

 1st desgned ni focus princess dengan tema purple. Macam fairy tales la lebih kurang. Karektor asasnya Alisha sendiri yang pilih cuma Papa olah je jadi lebih kemas dan menarik.

2nd designed ni plak Papa pilih sebab Alisha macam berminat dengan Ana Muslim setiap kali gi kedai buku. So base image Papa cuma GOOGLE je then olah ikut kesesuain

Ermmm......rasa-rasa Alisha pilih yang mana ye??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.