Halaman

Ahad, 11 November 2012

Car Seat DzulFiqa, siapa perasminya?

Dzulfiqa atau kami semua panggil Piqa jer ialah anak saudara Papa dan Mama atau lebih tepat anak sulung Cik Lang Ira. Sebab dah janji nak kasi hadiah so Mama pun decided nak belikan car seat yang sama macam bakal adik Alisha yang bakal lahir iaitu Naufal.

Papa dan Mama belikan car seat tu di kedai yang sama car seat Naufal dibeli. Lepas beli, Papa terus set dalam kereta coz space bukan besar sangat tapi yang paling best ialah Alisha dengan sukacitanya merasmikan car seat tersebut. Takpe la ye Piqa, nanti Pak Ngah dan Mak Ngah packin back before hands over.




Nampak seronok dan gembira tukang rasmi car seat tu, hehehehe. Macam-macam hal kakak Icha ni.

Aktiviti Alisha dan Naufal (3-4 hari sblm pindah)

Kebanyakan barang-barang yang besar dah Papa dan Mama pindahkan ke rumah baru dengan lebih awal kerana nak mudahkan proses pindah dalam 3-4 hari lagi. Dalam post kali ni nak la ceritakan aktiviti dua beradik ni. Rumah dah kosong dan hanya lokasi ruang tamu je ada beberapa barang asas seperti bantal, toto, tilam, botol dan few others la. Barang mainan Alisha jugak tak banyak, hanya yang Alisha betul-betul nak sahaja. Di dalam kekosongan rumah lama kami tu la Papa sempat jugak snapped beberapa gambar yang rasanya perlu Papa dan Mama kongsikan dalam blog ni.

Mama rasanya tengah mandi ditingkat atas dan Papa pulak susun-susun barang-barang yang masih tinggal untuk mudahkan proses mengangkut nanti. Alisha dan Naufal? Cuba layan kejap snapped picture by Papa. Pandai betul jaga diri budak berdua ni.







 Yang peliknya Naufal pun sama-sama naik nak menonton Barbie Movies dengan kakak dia. Seronok betul tengok gelagat dua beradik ni. Tapi jarang-jarang boleh nampak sebabnya once diorang nampak Papa dan Mama, focus pun akan hilang dan macam-macam perangai datang.

Sabtu, 10 November 2012

BATU HIKMAT (bak kata pak sudin dlm seniman bujang lapok)

Papa dan Mama dah lama planned nak tukar kereta. Bukan sebab nak bergaya tapi sebab fikirkan keluarga yang makin besar plus if nak balik kampung memang agak sempit coz barang-barang nak bawa ke kampung yang sememangnya banyak dan jugak barang-barang TAMBAHAN dari kampung yang tak dijangkakan. Tapi sebab budget pun tak banyak so priority pada rumah la coz orang kata kete tu beli lambat takpe coz banyak tapi rumah if lambat beli takut terlepas coz harga sentiasa naik. Cuma nak jadikan cerita, masa sibuk-sibuk nak pindah, cermin kereta papa 'crack lagi'.

Perkataan LAGI tu Papa letak coz dah dua kali kene. First time tu tak la teruk sangat crack cermin depan kete tu. Yang first ni kene kat traffic light sebelum tol Putra Height. Masa tu tengah berhenti co traffic light merah dan kebetulan ada orang potong rumput. Dengan tak semana-mana tetiba ada batu kecil terbang ke cermin depan kete. Nak ngelak pun bukan boleh. Cuma boleh redha je la. Coz kecik so Papa tak sedih sangat la. Yang second ni pulak memang menyedihkan Papa la coz agak besar. Yang ni kene time nak gi keje. Rasanya dalam bulan September atau akhir Ogos tahun 2012. Dalam perjalanan atas highway, dengan jalan yang agak baik, dengan tetiba Papa dan Mama tengok ada benda jatuh atas jalan dan terus melantun ke cermin kete Papa. Nak ngelak memang tak sempat coz laju sangat. Memang agak besat la crack tu. Nasib baik kat area wiper so tak nampak sangat la if sekali pandang. Papa dah fikir nak tukar terus je tapi lama-lama Papa jadi redha je. Maybe jugak coz Papa fikir lebih baik focus on rumah. Yang kete ni OK lagi coz ada tinted so kuat la sikit kot.

Gambar kat bawah ni Papa snapped time Bengkel Open Source di KKLW, Putrajaya. Masa nak balik tu Papa tengok ada benda ni kat bawah area wiper. Rupa-rupanya bukan batu tapi besi. Ntah mana la datang BENDA ALAH ni. Tapi kira bernasib baik la coz kene bawah, dekat ngan wiper, if tengah-tengah cermin for sure Papa akan tukar. Jawabnya melayang la duit RM800 - RM 1,000. Iktibarnya, kene berhati-hati walau jalan tu adalah highway yang nampak CLEAN.


Alisha dengan basikal baru

Dah lama Papa dan Mama tak update blog ni. Last updated on September 2012 so dah hampir 2 bulan tak sentuh blog ni. Terlalu sibuk dengan macam-macam benda. Pidah rumah baru pun baru satu bulan, last 2-3 weeks Tok Abah dan Tok Ma datang, then Cik Teh Amirah pulak datang, tak sampai seminggu kemudian Cik Ngah Mie meninggal dunia pulak. Last few weeks pulak Papa banyak juga keje weekend. Masa plus duit banyak habis dan tenaga juga la. Naufal pun agak kerap sakit sejak pindah ke taska baru, kene uruskan juga tu, cuti pun banyak habis. Dugaan banyak tahun ni. Exhausted..

Takpe la, kita lupakan dulu hal-hal memenatkan tu. Papa dan Mama pun tengah susun-susun material untuk blog agar dapat kongsikan dan tak hilang. OK untuk kali ni, Papa dan Mama nak cerita tentang basikal baru Alisha. Walaupun agak lewat masuk dalam entry ni tapi boleh la kot nak dikongsikan.

Selalu pergi beli barang keperluan dapur kat Giant Putra Height dan Alisha selalu jugak la minta nak main dengan basikal ni kat sana. Mungkin rezeki dia kot coz basikal ni ada promotion pulak so Papa dengan murah hatinya membeli basikal tu untuk si PEMINTA. Harga biasa dalam RM199 tapi dapat less RM99. Untung la dalam RM100. Nasib baik muat kereta kecik Papa tu. so balik je rumah terus posed kenangan dengan basikal baru tu.

Cepat pandai naik basikal tu, nanti Papa belikan yang lebih baik ye. (tapi mcm kengkadang je budak ni main dengan basikal tu, bila nak cepat pandai ni?). Last posed by Bicycle Owner. Chill!!!