Halaman

Jumaat, 25 November 2011

Alisha si Kepala Bengkak

Peristiwa ni terjadi semasa cuti Hari Raya Aidiladha 2011. Tahun tu kami sekeluarga tak balik kampung (termasuk la Mak Long). Kenapa??Saje nak rehat dirumah. Meriah jugak la beraya di rumah. Kami sekeluarga and Mak Long masak beberapa makanan (thankz tu Mak Long coz sponsor AYAM).


Yang jadi Master Chef ialah Papa dengan dibantu oleh Mama dan Mak Long. Makanan yang berjaya disiapkan ialah nasi impit, rendang ayam, masak lodeh, sambal udang special dan makanan sampingan lain yang tak berapa ingat ape...hehehehe.

Kejadian malang berlaku pada Alisha pada malam tersebut. Terlalu gembira bermain-main dengan Papa. Berlari-lari....kejap ke Papa then ke Mama then ke Mak Long (dia sorang je yang berdiri...kami semua duduk tengok TV sambil melayan dia). Malang memang tidak berbau, kaki Alisha tersadung bantal Mama then jatuh terus ke lantai sambil memegang bola. Alisha memang biasa jatuh if main sorang-sorang. Papa assumed begitu and tak berapa layan sangat sambil suruh Alisha bangun. Mak Long perasan kepala Alisha bengkak (menakutkan bengkak tu...tengok gambar kat bawah ni). Dengan rasa cemas mama terus tuam kepala Alisha...then Papa sapu plak minyak 'CheLoh Keramak' (ubat ni memang cepat kesannya if sapu dengan cara betul).



Ish3.....kesian3.......ini immediate effect...tu yang kami semua terperanjat. Kat bawah ni ada beberapa gambar lagi yang Papa snap (bertujuan nak kasi Alisha insaf jer...hehehe)





Nampak teruk kan? Lepas kejadian tu Alisha menjadi seorang anak yang baik sangat-sangat (untuk malam tu je la..hehehe..lepas tu rancak blek). Tapi Alhamdulillah dalam 1 hari setengah je dah susut coz Papa dengan disiplinnye sapu minyak 'Keramak' tu. So Alisha gi taska pun cikgu tak perasan sangat la....sampai tarikh post ini ditulis....masih ada cket2 bengkak yang masih belum betul-betul susut. Insyallah nanti akan sembuh la cuma perlu tunggu dengan masa. OK last pose daripada orang yang sakit....tengok gambar bawah ni....Peace You'll......!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan