Halaman

Khamis, 8 Disember 2011

GALERI : Baby Alisha

Papa masukkan post ni untuk share gambar-gambar Alisha time baby (3-4 bulan ke bawah) yang ramai tak tengok (ye la berpantang kat kampung pun).

OK, tak perlu cerita banyak, kite layan je photo album ni. Chill and Enjoy!!




...

OK ni ada cket video yang Ucu Aren snap time jaga Alisha dulu (rajin ucu ni bab snap gambo ni). Memang dari kecik suka sangat ketawa, senyum and pose depan kamera budak ni.. Layan ye k...... = )



comel je buat gitu...



memang suka senyum mek ni...



= )

Selasa, 6 Disember 2011

Gincu Mama



Tengah belek-belek pic yang nak dimuat naik ke dalam blog tetibe terpandang gambar Alisha kat bawah ni. Dia memang suka main-main dengan alatan solek Mama. Gincu ni kes terlepas pandang maka hasilnya Alisha 'bersolek' sendiri coz nak jadi cantik macam Mama. Lastly poket Papa yang kopak coz kene beli Mama gincu baru T..T

Tengok je la hasil Alisha pakai gincu sendiri. Terbaekkk...Nak tengok ke kesan pada mangsa Alisha iaitu si Gincu malang?Tengok je la pic kat bawah ni......Takpe la...Alisha pun belum setahun masa ni and banyak lagi benda-benda baru yang nak dicuba. It's OK...Papa kasi credit cket....main la lagi ye..... = )







Isnin, 5 Disember 2011

GALERI : Alisha's first Zoo Visited

Selepas balik dari cuti-cuti di Langkawi, next visit ialah Zoo kerana Alisha macam sangat suka tengok gelagat Haiwan. So Papa decided untuk bawa Alisha ke Zoo Melaka coz paling dekat.

Semasa lawatan tu cuaca agak panas, sempat jugak la beli ais-cream potong. Makanan awal-awal dah pergi beli di McD (ni coz Mama request).

Alisha bad Mood je sepanjang lawatan tu (maybe sebab panas kot or letih) . So tak banyak yang Alisha minat nak tengok kecuali Zirafah dan Gajah.

Petang plak hujan. Nasib baik bawa payung so selamat la cket. Pe2 pun kene ada 2nd trip ke Zoo untuk Alisha coz trip pertama ni mcm Mama and Papa je yang seronok.






...

GALERI : Hari Lahir Alisha yang ke 2 tahun

Alhamdulillah pada 14 April 2011 Adelia Alisha Mohd Sharizan genap 2 tahun menjadi warga ES. Mama dah niat untuk beri hadiah cket pada bebudak taska Alisha. (besday pertama tak dan nak buat). Malam 13 April 2011 Mama dan Papa diiringi oleh Alisha pergi ke Maidin dengan tujuan borong makanan kanak-kanak untuk diagihkan esok harinya. Malam 'bekerja' bagi Papa dan Mama pada malam tersebut tapi malam bermain bagi Alisha (xpe la coz dah dekat besday so kasi peluang la). Malam tu Mama dan Papa hanya ditemani French Fries sebagai pembakar semangat menyudahkan kerja-kerja kami. Alisha....????di ada keje sendiri la...hehehehe.

Kitorang celebrated besday Alisha di KFC. Well, Papa beli kek murah-murah je kat Plaza Alam Sentral Shah Alam tapi menarik la. MakLong telah dijemput sebagai pengiring Alisha untuk menemani beliau bermain-main nanti. Seronok je Alisha malam tu, biasa la coz Papa kasi banyak pelepasan untuk besday girl sorang ni.

Cik Teh pun ada jugak datang ke rumah. Kerap jugak la coz banyak gi 'meeting' TNB (orang besar tu). So Alisha sekali lagi banyak aktiviti coz ada dua pengiring bermain iaitu MakLong dan Cik Teh. Insyallah if ada rezeki, besday ke-3 nanti Papa and Mama akan plan yang lain untuk Alisha.





...


Well, ada satu lagi video kelakar yang Papa rasa nak share dalam pos kali ni....layan



GALERI : TM fAmILy dAy 2010

OK, ni sedikit gambar dari event ofiz Mama yang Kami pergi.....TM Family Day 2010 yang melibatkan semua kakitangan TM. Memang ramai gila la and penuh KL Waterpark. Dalam event tu adalah Mila AF dijemput memeriahkan majlis. Well time tu Mila baru lagi menang AF so murah kot...(hehehe jangan marah ye Mama). OK layan je k..





...



Jumaat, 2 Disember 2011

GALERI : gOng Xi fA ChaI 2010


Dalam simpanan Papa and Mama banyak gambar-gambar kami yang sempat snap if ada special occasion or ceremony cuma sejak tak berapa aktif berblog ni so banyak gambar dalam FB jer.

So, cara paling cepat ialah dengan buat GALERI. Insyallah dalam 6 bulan lagi maka selesai lah proses Papa edit and upload semua picture Papa, Alisha and Mama dalam blog kecik kita ni.

Harap semua ni dapat jadi kenang-kenangan buat keluaga kita di masa hadapan. (kita tunggu kehadiran ahli keluarga baru kita nanti, INSYALLAH)



 

 









 


 









































Tudung Express Alisha

Tudung express......semua pic dalam post ni Papa snap semalam sekitar pukul 9.30PM. Well, time ni Papa and Mama nak solat Isyak. Alisha cam biasa la nk solat sama. Nak pakai telekung solat, Alisha xde lagi so kasi la tudung as syarat tutup kepala macam Mama.

Time solat Papa la imam tapi tukang kasi sambut bacaan Papa tu Alisha la. Sebab title IMAM maka tak bley la gelak (mama tak tau la camne, gelak dalam hati, tak kusyuk betul dibuatnya). Sebab comel plak Papa tengok and sementara Alisha still dengan 'tudungnya' maka Papa snap la beberapa pic untuk di Post dalam blog ni.

Jumaat, 25 November 2011

Alisha si Kepala Bengkak

Peristiwa ni terjadi semasa cuti Hari Raya Aidiladha 2011. Tahun tu kami sekeluarga tak balik kampung (termasuk la Mak Long). Kenapa??Saje nak rehat dirumah. Meriah jugak la beraya di rumah. Kami sekeluarga and Mak Long masak beberapa makanan (thankz tu Mak Long coz sponsor AYAM).


Yang jadi Master Chef ialah Papa dengan dibantu oleh Mama dan Mak Long. Makanan yang berjaya disiapkan ialah nasi impit, rendang ayam, masak lodeh, sambal udang special dan makanan sampingan lain yang tak berapa ingat ape...hehehehe.

Alisha's first CAR

Semua ni bermula semasa kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Well if tak silap malam tu ada pasar minggu. Macam biasa la Mama buat Windows Shopping and alisha plak tak nk duduk dalam stroller. Alisha minta mainan semuanya tak berkenan di hati Mama dan Papa coz tau sangat Alisha if main pun paling lama 4 hari (cepat bosan budak ni). Then dia sudah nampak itu kereta kuning and minta nak main. Papa pun kasi la muka cket. Tengok je la gambar yang sempat Papa snap time tu. Bukan main seronok even penat. Dah naik dalam 15 minit then tak nak balik pulak. Then terus Papa janji nak belikan baru la dia OK. Janji kene la tepati tapi masanya bila???Jeng...jeng....jeng......

Selasa, 5 Julai 2011

2011 : ke Pahang untuk Walimatulurus Aunty Maz

Ok, kali ni Papa, Mama dan Alisha memenuhi undangan perkahwinan Aunty Maz dan Uncle Hel di Rompin Pahang. Tapi kali ni MakLong ikut sekali memeriahkan keadaan. Perkahwinan di dalam suasana kampung yang memang jarang sekali la nak nampak zaman sekarang ni.

Aunty Maz ialah kawan Mama dah lama. Kalu tak silap Papa masa bekerja di Subang Jaya pun sama. Sekarang Mama di TM Berhad pun Aunty Maz di situ juga. Jodoh rakan sekerja panjang.

 bergambar kenangan dengan mempelai...tahniah ye keduanya moga berkekalan hingga ke Jannah.

Close up dengan pengantin perempuan...Aunty Maz

Isnin, 13 Jun 2011

2011 : Alisha memandu di Putrajaya

Biasanya Alisha hanya dapat main keretanye tu di ruang tamu rumah yang tak berapa besar atau di garaj kereta yang tak luas sangat. So petang yang kami takde pe nak buat menjadi penyebab utama Papa nak bawa Alisha ke persekitaran Putrajaya untuk memandu kereta pertamanya ni.


Jumaat, 6 Mei 2011

2011 : Main air di pantai Kuala Terengganu

Masa balik di Terengganu Mama dah plan jalan-jalan ke Kuala Terengganu since Papa tak pernah pun pergi. Mama cakap best coz banyak makanan dan pantai cantik so kami pun bergerak la dari rumah Tok Abah ke tempat yang dijanjikan.


Sampai sana plan asal cuma nak jalan-jalan and main pantai je tapi sudahnya Alisha seronok sangat nak main air so layankan je.




 

 

 


 



Nak Balik Dah....jumpa lagi semua

























Selasa, 15 Februari 2011

2011 : Alisha demam TAPI...

Tak pasti plak Papa kami ke majlis kawin sape tapi rasanya kawan Mama la kot. Time ni Alisha tak sihat cket. Walimatulurus ni kalu dah dijemput perlu la kita penuhi.