All viewers, lama betul tak buat any post kat blog ni. Terlalu bz dengan macam-macam perkara. Insyallah ada masa Kami cerita la kot MATERIAL yang Kami dah simpan untuk dikongsi dalam blog ni. Well, this time we would like to story about our actrivities on lately festivel that is...GONG XI FA CHOI.....GONG....GONG....GONG......
[JOURNEY]
Raya Cina ni cuti agak lama so mama planned blek AMBS (Durian Mas). Well dah lama gak tak blek sana plus abah mama tak berapa sihat so nak gi jenguk la. Journey kali ni Maksu Aren and Paklang Ijat tumpang coz sehala nak ke Kuantan. Journey cam biasa la jammed, belum masuk Gombak pun start jammed....lastly jalan lega selepas susur Raub..maybe ramai Kelantanis kot time tu...Dropped Maksu and Paklang Alisha kat Kuantan then nenek dia plak ajak makan so lebih kurang kul 9.30pm baru gerak ke AMBS. Sekitar jam 10.45pm tiba la Kami sekeluarga ke last destination...Bandar Al-Muktafi Billah Shah...Durian Mas ler...hehe..
[1ST DAY]
Hari pertama tak banyak aktiviti, just duduk rumah jer. Well Tok Abah and Tok Ma plus yang lain-lain dah lama tak tengok Alisha so kasi la peluang ke diorang. Time sarapan pagi, Cik Teh Alisha dengan 'rajinnya' mengajar Alisha menutup aurat..Comel plak bila tengok...Viewers tengok la sendiri pic Alisha pakai tudung mamanya and have ur own comment then...Mama plak plan nak ke Dungun jalan-jalan tapi terpaksa cancel coz Azwa sepupu mama mai umah...anak diorang Damia yang dikatakan iras-iras Alisha ada datang sama...Diorang sebenarnya dari air terjun Cemerong (antara yang tertinggi di Asia) so just dropped by nak salin-salin baju.Ermm sebelum tu Tok Ma plak ajak gi orang kawin..so mama, papa and Alisha ikut jer la plus takde aktiviti nak buat pun...Hari pertama ni papa macam letih cket coz semalam dengan jammed plus tak cukup rehat. Mama jer la yang agak bersemangat cket coz pagi-pagi dah bangun..papa macam biasa la selagi belum kul 9 mmg takkan bangun ler..hehehe..time cuti tu Cik Teh Amy pun ada...sanggup tu bercuti coz nak tengok anak sedara....Pok Ge Asif pun ada.....Cik Lang Ira mmg ada la...Azim and fauzan lupa plak gelaran..hehe...over-all semua pun ada time kitorang blek aritu so kira meriah gak la..
[2nd Day]
Mama memulakan harinya seawal 8am ngan Alisha...papa cam biasa la 9.15am baru bangun. Well hari ni planned nak turun Dungun jalan-jalan cari 'Lembek' atau bahasa internationalnya Tilam...Tok Abah plak arini nampak bersungguh tul mengerah semua siap cepat-cepat. Dia planned nak bawa gi Kuala Terengganu kalu sempat..Sekitar 11am baru la semua yang terlibat dengan trip ni siap (yang lambatnya cam biasa la Tok Ma, Cik Lang Ira and yang pastinya mama Alisha la). Tiba di pasar besar Dungun cam biasa la banyak kedai yang dah tutup coz dah hampir tengahari pun. Well kat situ banyak gak la barang-barang yang agak sukar nak dapat dengan harga murah kat pasaraya so kot ada antara viewers berkesempatan ke Dungun bley la singgah kat pasar besar ni and tengok sendiri barangan yang diperdagangkan. Lembek Alisha yang sesuai takde kat situ so kene cari tempat lain la jawabnya. Yang tak planned pun jadi gak...contohnya...peralatan dapur mama...haha...Time nak beredar dari situ sempat gak la bawa Alisha ke taman permainan kat situ...tengok la gambarnya...macam dah pandai jer...Petangnya Tok Abah bawa kami semua ke pantai Teluk Gadong....seronok gak petang-petang kat situ...Well mama cakap budak-budak UiTM la majoriti pengunjung pantai tu. Hampir jam 6.50pm kami semua mula bergerak balik ke AMBS. Sebelum tu sempat gak la singgah jumpa Cik Teh Amy yang keje kat hotel UiTM situ. Paling best Cik Teh belanja makan kek just tak bestnya takde kek Choc...tak adil tul la adik ipar papa ni...huhu...Coz dah hampir waktu Isyak and Maghrib pun macam dah nk time, kami singgah di rumah Ma Nibong untuk istirehat jap. Papa dah start macam tak sedap badan coz sepanjang hari tu panas sangat. Nothing much to story while there just Apik and adiknya Akhil (anak Kak Ayu) yang banyak gelagat bila jumpa Alisha. Lepas Isyak bergerak ke AMBS dan tiba sekitar 9.30pm gitu....Bum...sampai jer umah papa, mama, and Alisha terus tido (tak sempat makan ikan keli..huhu)..
[3rd Day]
Mama and Alisha kul 7am lebih dah bangun coz planned nak gerak awal ke Kuantan (dah janji nk lunch kat sana). Papa still sama kul 9.15am dah bangun coz letih sangat-sangat semalam plus tak berapa sihat. Kemas-kemas barang, bersiap, sarapan pagi, dengar amanat Tok Abah and Tok Ma, then kul 11.45am baru gerak (Tok Abah ada kata walau seawal mana bangun pun family kita ni mmg jarang dapat gerak awal..haha ada betul gak la bila fikir2 semula). Nasib tak berapa baik coz jammed plak so tiba di Kuantan sekitar jam 1. Abah papa plak ajak ke resort and lunch kat sana. Hari ni pun panas sangat..bertambah sakit la papa. Tak banyak aktiviti pun kat sana just tolong atuk Alisha berkaitan maklumat blog Balok Seaview Resort yang masih tak siap-siap then tolong mana-mana berkaitan IT yang mampu. Lepas makan mama plak nak bawa Alisha gi mandi kolam..disebabkan masih panas coz sekitar jam 4.30pm so tunggu la jap kasi redup cket, Alisha pun jarang mandi kolam so ni la masa nak latih dia suka air. Kira-kira kul 5.15pm, Ika and Isha dah start bersiap and ajak mama and Alisha bersiap sama. Papa macam letih so temankan diorang jer la. Ada cket la gambar Alisha masa kat kolam renang..Over-all Alisha berani-berani takut gak la...nnt tengok la snap yang sempat dibuat k..Sekitar jam 6 baru la papa, mama, Alisha and Maksu Aren bergerak ke KL meninggalkan Atuk and Nenek serta yang lain-lain kat Kuantan tu. Jalan mmg jammed sangat2, bermula selepas tol Bentong. Coz planned nak Aren ke Rawang dulu lastly tiba kat Putra Height jam 1am. Nasib baik mama cuti kalu tak jawabnya papa pakai baju tak bergosok la. Itu la cket kronologi percutian untuk Gong Xi Fa Choi ni..dah macam raya Aidilfitri pun ada...huh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan