Tahun 2021 ni genap la perkahwinan Papa 12 tahun (sebenarnya 06 Jun nanti la). Alhamdulillah, DARI rumah sewa di Putra Height dengan Mama yang bekerja di TM Bangsar naik LRT dan Papa yang bekerja di Melaka hari-hari naik motor (redah hujan sampai kasut boleh buat akuarium ikan) memula kriss Pak Ngah (credit and thanks to my big brother and uncle to my son and daughter) hingga la dapat tukar motor Yamaha LC 135 (nak beli motor besar duit takde lagi HINGGALAH dapat beli sebuah rumah kat Taman Mawar Bandar Baru Salak Tinggi dan dapat beli kete family fasiliti yang pelbagai dan memudahkan kami sekeluarga. Banyak yang telah Allah beri dan murahkan untuk Papa dan Mama.