Halaman

Sabtu, 29 Jun 2019

Uwais Cover Mr.Ragaman

Biasa la kalu nak rakam je jadi malu-malu..alahai adik

Baby Cat Pertama Kak Icha, Abang Nopal dan Adik

Di rumah ni ada seekor kucing putih corak hitam kuning yang selalu datang. Sebab selalu datang so Papa pun beri la makan tapi tak benarkan masuk rumah sebab rumah akan kotor. Kalu Kak Icha, Abg Nopal dan Adik nak main-main semua di luar rumah je. Macam biasa la sebab betina so beranak pertama di sini. Memang habis kotor la lantai dengan darah semua tapi sebab anak-anak Papa macam nak jaga terutama Kak Icha yang bersungguh so Papa pun bersihkan la. Tak susah pun sebab Papa dah biasa dengan kucing masa di Melaka sebab Nenek jaga lagi banyak. Comel-comel anak dia cuma sebab mak dia selsema so anak pun ikut la jangkit...





Seingat Papa la, ini baby cat pertama rumah ni yang anak-anak Papa tengok. Dulu ada la di Putra Height cuma dah besar cket dan bukan baby macam ni.

tidur macam puteri raja ye..

Baby Cat pilihan Kakak dan Abang

Adik pun nak juga tapi tak boleh ye sebab awak tak sihat tu...

Papa Ikat Tanjak dan Sampin

Sambutan Hari Raya di Office Papa tahun ni bertema Kesultanan Melayu so antara alat yang penting ialah Tanjak dan Sampin. Nak Beli Mahal sewa plak tak berbaloi. So Papa cuba juga la Youtube dan alhamdulilah hasil baik dan bukan susah sangat. Untuk ikatan sampin plak Papa dah lama lupa pernah buat dulu masa belajar silat....bertahun tinggal...Cuma nasib tak berapa baik sebab Papa tak dapat join pun jamuan raya tu sebab kesihatan yang tidak membenarkan....alahai...

 cuba buat ikatan sampin sponsor di Pejabat...xkemas sangat sebab nak balik dah..

 
Ikatan percubaan tanjak atau tengkolok....takde la susah sangat

Aktiviti Adik di Manja Khalifah

Kak Icha pelakon bagi drama raya Office Papa 2019

PELAKON UTAMA : PAPA
PENAMPILAN UTAMA : KAK ICHA
LOKASI : RUMAH SENDIRI
SCENE : 1
TAKE : 10
SLOT : DRAMA RAYA JKSM (ICT) 2019

(klip ini adalah potongan dari sebahagian perancangan drama ICT yang akan dipertandingan)

 al-kisah.....28 Ramadhan.....

Lagu Favourite Uwais

Lagu Amboi nyanyian Altimet memang feberet lagu adik. Kalu time nangis pun bley stop sebab lagu ni...mungkin juga sebab video clip lagu ni agak ringan dan sesuai dengan penerimaan bebudak. Mama ada snap beberapa video time Uwais dengar lagu ni...kusyuk yang amat la budak ni...





Sesi mentelaah Lagu..

Berlatih gerak mulut plak..