Ahad, 20 Januari 2019
2019 Mak Su Compilation of Anak-Anak SedaraKU
Credit to Maksu Aren yang sentiasa rajin buat throwback....so tengok la muka-muka korang semua....rasanya selected umur tak banyak beza antara 1-4 tahun...6 orang dah cucu Nenek Jah tahun 2019 ni....Alhamdulillah....
Sabtu, 19 Januari 2019
Budak Merajuk
Time ni Kakak dan Abang baru je selesai mengemas ruang tamu dan dapur. Uwais pun Papa baru je suap makan so nak berehat la sekejap sebelum nak sambung buat keje pejabat. Tetiba Papa nampak Uwais duk kat sofa macam merajuk...Nampak macam drama je sebab lama sangat so Papa pun rakam la sementara belum IKLAN.....Macam2 bebudak ni.....
Naufal Tahun 1
2 Januari 2019 bermula la rutin Aqeef Naufal sebagai budak lelaki 7 tahun. Sama rutin time kakak dulu, Papa dan Mama akan bercuti bagi mengatur pergerakan ke sekolah dan yang pasti semasa di sekolah. At least yang asas dah ajar so takde la risau nanti bila start nak lepaskan berdikari. Ada la beberapa gambar yang sempat Mama dan Papa snap sepanjang tempoh ORIENTASI PAPA dan MAMA tu...
Ahad, 6 Januari 2019
Kelas Pertama Taekwando Kak Icha dan Naufal
Tahun ni baru buka kelas taekwando di sekolah KLIA ni setelah 4 tahun Kak Icha di sini. Abang Naufal dah mula belajar di Little Caliph dan dah ada Tali Pinggang Kuning 1 so sambung je di sini. Semoga Kakak dan Abang dapat belajar dengan baik terutama Kakak la sebab dah lama nk join tapi Mama asyik tak bagi....Alhamdulillah kali ni....
Sabtu, 5 Januari 2019
Uwais bila main sorang-sorang
Cuti huung minggu pertama tahun 2019 memang meletihkan buat Papa dan Mama setelah memantau Abang Naufal bersekolah tahun 1. Tambah letih ialah Mama kene kerja plak hari cuti tu so Papa la kene temankan. Bila Abang dan Kakak dah mula tugas masing-masing untuk basuh kasut sekolah so si Uwais terpaksa la main sorang-sorang. Time main sorang-sorang tu Papa rasa nak snap plak apa yang dia nk buat....Jom layan pelan-pelan apa la yang dia buat bila sorang-sorang ye????
Throwback Papa n Mama Kawin
Tengah sibuk manage gambar-gambar yang masih belum masuk dalam blog dari simpanan Papa and Mama then terjumpa slide kawin tahun 2008. Rasanya macam nak juga la share untuk tatapan anak-anak Papa and Mama...Semoga ikatan bermula tahun 2008 ni kekal hingga hujung peluang kehidupan...in shaa allah
Majlis di Terengganu
Jumaat, 4 Januari 2019
Arabian Boy and Girl
Produksi UNA (Uwais-Naufal-Alisha)
Video ni requested by Kak Icha time papa tengah keje.....Mama pun minta untuk dimasukkan dalam blog.....nmpak macam menarik ni cuma Papa tak tau la apa kandungan video tu......sekali review so Papa pun faham la nape Sutradara aka Mama bersungguh suruh masukkan dalam blog....Dibintangi oleh 3 pelakon ternama sangat so apa lagi jom layan.....
Harap maaf la ye sebab produksi murah so suara pun tak sync baik....harap paham2 sendiri la ye....hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)