Halaman

Rabu, 23 April 2014

2014 : Sayang Adik 3

Sebelum ni ada 2 thread Papa buat dengan tajuk yang sama (Part 1 dan Part 2). Jeng..Jeng..Jeng..sekarang ada sambungan pulak Part 3. Walaupun selalu gaduh dengan adik, Kak Icha seorang kakak yang sentiasa sayang adiknye. Kengkadang bila Papa or Mama marah, dia akan pastikan adiknya sentiasa ikut peraturan agar tak kene marah nanti

Tahun 2014 gambar ni Mama snap rasanya coz Papa tidur disebelah sana, hehe..Kak Icha 5 tahun dan adik 2 tahun. Nampak mesra sangat. Bagi yang nak tengok thread sebelum ni boleh cuba la cari dalam blog ni thread Sayang Adik dan Sayang Adik Part 2. Chill out all.

Adik kejut Kak Icha yang tengah tido.. 

Kak Icha terus bangun belai-belai adik..

Khamis, 17 April 2014

2014 : Kak Icha & Adik Birthday designs

Hari lahir Kak Icha dan Naufal hanya berbeza 2 minggu sahaj. Kebiasaannya Papa dan Mama mesti akan menyediakan makanan dan minuman ringan ke Little Caliph. Sambutan hari lahir memang telah dijadualkan di sekolah mengikut kumpulan bulan so tiada masalah untuk tentukan masa.

Tahun ni ialah tahun pertama Kak Icha di sekolah Little Caliph Salak Tinggi (sebelum ni di Putrajaya Presint 11) dan semestinya Adik akan memulakan persekolahan kali pertama dengan silibus (alhamdulillah LC Salak Tinggi terima Adik coz dah tak pakai pampers)

Design kali ni Papa nak uji skill mengkarikaturkan (jadikan cartoon) anak-anak Papa ni. Not so called cartoon la..lebih kepada ilustarasi menggunakan Photoshop (skill baru belajar..hehehe)

ni la Ilustrasi dengan warna yang Papa boleh buat....ok la kot as BEGINNER

Ada tiga design yang Papa kene buat iaitu untuk door-gift dan cake. Cake kali ni Papa just combine je Adik dan Kak Icha coz jimat cket....budget lari la....

design door-gift untuk Kak Icha's class dan Adik's class


Frozen cake designed.......menjadi kegilaan semua pada tahun ni...so jadi base theme la....