Selasa, 5 Ogos 2014
2014 : Adik nak tdo kat Playground ke?
Biasa kalu pergi pasaraya mesti akan singgah ke mini playground yang memang menjadi tumpuan bebudak la. Kami pulak suka shopping malam so dalam sejam atau dua jam akan selesai dan ada la masa dalam 30 minit untuk Adik and Kak Icha bermain. Tapi kengkadang banyak plak gelagat kalu dah main sampai tak ingat dunia. Jom tengok gelagat adik and Mama. Mau tdo kat playground gamaknye?
Ahad, 8 Jun 2014
2014 : Keluarga Besar Kami (Papa)
Waktu Maksu kawin merupakan sejarah terbesar dalam keluarga belah Papa dimana Maksu berjaya mengumpulkan semua cebis-cebis terpisah dan menyambung semula agar menjadi sebuah gambar sempurna. Semua itu kuasa dan kehendak Yang Maha Esa
Alhamdulillah...bertahun hilang, menyendiri, terasing dan kabur namun pada majlis nikah Maksu semua bersatu. Macam-macam yang berlaku pada Papa pada ketika tu. Semakin umut menginjak dewasa hanya kemaafan sentiasa perlu sentiasa murah diberikan. Moga anak-anak Papa kelak sentiasa bersatu dan sayang-menyayangi antara adik-beradik terutama Papa dan Mama.In shaa Allah satu hari nanti semua anak-anak Papa akan mengambil iktibar perjalanan hidup Papa.
Sempurna.....semua ada....yang paling penting telah lengkap kehidupan Maksu dengan Uncle Ard
Sempurna.....semua ada....yang paling penting telah lengkap kehidupan Maksu dengan Uncle Ard
KAMI..kenangan ni takkan berulang..semoga kekal
Ahad, 11 Mei 2014
2014 : Gelagat Adik di rumah
Kengkadang Papa suka tengok Adik or Kak Icha bermain dengan dunia sendiri coz nampak kretiviti kat situ. Kalu cari pandangan psikologi kana-kanak turut memberi tanda aras bahawa perkembangan otak dapat dilihat melalui kreativiti ketika bermain.
Mama ada shoot vid yang Papa rasa mesti diabadikan dalam blog ni untuk anak-anak Papa tengok gelagat masing-masing bila besar nanti, In Shaa Allah. Jom layan...
Ahad, 4 Mei 2014
2014 : M.Daud Kilau featuring Kak Icha & Adik
Rabu, 23 April 2014
2014 : Sayang Adik 3
Sebelum ni ada 2 thread Papa buat dengan tajuk yang sama (Part 1 dan Part 2). Jeng..Jeng..Jeng..sekarang ada sambungan pulak Part 3. Walaupun selalu gaduh dengan adik, Kak Icha seorang kakak yang sentiasa sayang adiknye. Kengkadang bila Papa or Mama marah, dia akan pastikan adiknya sentiasa ikut peraturan agar tak kene marah nanti
Tahun 2014 gambar ni Mama snap rasanya coz Papa tidur disebelah sana, hehe..Kak Icha 5 tahun dan adik 2 tahun. Nampak mesra sangat. Bagi yang nak tengok thread sebelum ni boleh cuba la cari dalam blog ni thread Sayang Adik dan Sayang Adik Part 2. Chill out all.
Adik kejut Kak Icha yang tengah tido..
Kak Icha terus bangun belai-belai adik..
Khamis, 17 April 2014
2014 : Kak Icha & Adik Birthday designs
Hari lahir Kak Icha dan Naufal hanya berbeza 2 minggu sahaj. Kebiasaannya Papa dan Mama mesti akan menyediakan makanan dan minuman ringan ke Little Caliph. Sambutan hari lahir memang telah dijadualkan di sekolah mengikut kumpulan bulan so tiada masalah untuk tentukan masa.
Tahun ni ialah tahun pertama Kak Icha di sekolah Little Caliph Salak Tinggi (sebelum ni di Putrajaya Presint 11) dan semestinya Adik akan memulakan persekolahan kali pertama dengan silibus (alhamdulillah LC Salak Tinggi terima Adik coz dah tak pakai pampers)
Design kali ni Papa nak uji skill mengkarikaturkan (jadikan cartoon) anak-anak Papa ni. Not so called cartoon la..lebih kepada ilustarasi menggunakan Photoshop (skill baru belajar..hehehe)
Design kali ni Papa nak uji skill mengkarikaturkan (jadikan cartoon) anak-anak Papa ni. Not so called cartoon la..lebih kepada ilustarasi menggunakan Photoshop (skill baru belajar..hehehe)
ni la Ilustrasi dengan warna yang Papa boleh buat....ok la kot as BEGINNER
Ada tiga design yang Papa kene buat iaitu untuk door-gift dan cake. Cake kali ni Papa just combine je Adik dan Kak Icha coz jimat cket....budget lari la....
Sabtu, 8 Februari 2014
2014 : adik de' Hoppers??
cikgu kepada penari ini tak lain dan tak bukan kakak beliau sendiri.....huhu
Langgan:
Catatan (Atom)