Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

2013 : Main Air di Air Terjun Gunung Ledang (SAGIL)

30-31 Disember 2013, kebiasaannya Papa dan Mama akan ambil 2-3 hari cuti-cuti hujung tahun untuk spent masa dengan Kak Icha dan Adik. Kali ni kami plan berjalan ala-ala back packer ke Melaka. Jom kita terjah Gunung Ledang.

Kami menginap di hotel yang baru dibuka beberapa bulan di Melaka iaitu Sandy Hotel. Hotel tersebut berada di kawasan Cheng (berhampiran Tesco Cheng). Tempat yang sesuai kerana dikelilingi kedai dan berhampiran juga dengan pusat bandar. Harga ditawarkan juga amat berpatutan dan bersesuaian dengan perkhidmatan dan keselesaan yang diberikan.


...
Hari pertama cuma duduk dan menikmati keselesaan hotel. Kene la berehat secukupnya coz esok mesti akan lebih penat. So, aktiviti kami ke Air Terjun Gunung Ledang Sagil bermula esok harinya. Pagi bermula agak lewat untuk kami semua coz maybe penat travel semalam, so lepas sarapan pagi di kedai berhampiran hotel maka perjalanan kami ke Sagil bermula. Ini ialah kali pertama Kak Icha dan semestinya Adik ke sana. Yang paling tak tahan sejuk ialah adik. Sekejap je dah berbungkus. Kak Icha sangat bersemangat bermain air terjun walaupun hanya di kawasan paling landai. (Mama tak kasi naik lebih tinggi). Tapi masih ok coz ada banyak anak-anak ikan yang menarik perhatian Kak Icha dan Adik kat situ.