Halaman

Rabu, 13 Mac 2013

2013 : Cake Design for Alisha's birthday

Tahun ni genap Alisha 4 tahun so dah petah sangat bercakap dan mula nak belajar banyak benda. So Papa beri Alisha peluang pilih sendiri tema, warna, karektor dan lain-lain yang dirasakan nak letak pada kek harijadinya kali ni. (Since Papa decided all designs for the past 3 years for her)

 1st desgned ni focus princess dengan tema purple. Macam fairy tales la lebih kurang. Karektor asasnya Alisha sendiri yang pilih cuma Papa olah je jadi lebih kemas dan menarik.

2nd designed ni plak Papa pilih sebab Alisha macam berminat dengan Ana Muslim setiap kali gi kedai buku. So base image Papa cuma GOOGLE je then olah ikut kesesuain

Ermmm......rasa-rasa Alisha pilih yang mana ye??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Isnin, 11 Mac 2013

Naufal's first ride

Post yang dulu Papa ada masukkan entry Alisha's first ride benda alah ni. Now giliran Naufal pulak api yang sedihnya Kak Icha tak kasi peluang langsung adik nak explore dan berseronok cket. Macam-macam hal dua beradik ni. Nak tau ape ragam diorang? Jom layan vid ni. (maaf jugak la coz senget)

Naufal dah boleh berjalan?

4 Mac 2013 adalah hari di mana ada dua perkara terbaik yang berlaku. 1st Mak Su Aren dapat posing di Melaka (memang dia nak sangat pun, alhamdulillah). Perkara kedua ialah Naufal officially dah boleh 'berjalan' aka bertatih la. Beberapa hari sebelumnya pun dia memang dah boleh sikit-sikit mula nak berjalan tanpa berpaut cuma tarikh ni secara rasminya Naufal telah mahir dan boleh bangun tanpa berpaut juga. Alhamdulillah, ni la hadiah buat birthday Papa. Jom tengok Naufal demo skill. (maaf coz vid senget)

Jumaat, 1 Mac 2013

Gigi Naufal Hampir Tiba

Hari ni Papa balik lambat coz ada isu dengan sistem e-mel dan rangkaian kat opis tu. So malamnya lebih kurang jam 8.35PM Papa ajak makan luar je. Cian pulak Mama nak memasak nanti. Tiba umah then time tunggu Mama kemas-kemas apa yang patut, Papa pun ambil la masa main-main dengan Alisha dan Naufal

Naufal sejak 1-2 bulan ni agak manja dengan Papa so bila panggil jer mula la datang and berpusing-pusing la atas peha Papa. Time tu la agak terperanja bila tengok 2 batang gigi ARNAB Naufal dah keluar dari gusinya. Papa and Mama aimed gigi bawah keluar dulu coz dah 2-3 minggu sebelumnya kami perasan ada bengkakan warna putih kat gusi bawah tu. So lepas ni gigi-gigi lain akan progress dengan cepat la dan adik pun boleh la makan pelbagai. Alhamdulillah. Papa dan Mama tengah tunggu next progress iaitu BERJALAN. Dah banyak kali Naufal mampu bertatih 7-8 langkah dengan stabil tapi sebab tak sabar....JATUH. Papa dan Mama doa Naufal cepat jalan ye...