Since kebanyakan barang-barang telah siap pack so Papa dan Mama decided untuk setting ruang tamu sebagai bilik tidur sementara kami. Terasa macam cerita P.Ramlee Ibu Mertuaku je.....Kak Icha dan Adik yang paling seronok coz ruang besar dan boleh main dengan puas hati. Biarlah gambar berbicara.
Minggu ni Papa dan Mama akan buat tiga tugasan iaitu basuh rumah dan pasang grill dan tinted. Memang rasa macam nak tercabut pinggang la. Even memang dah cuci dengan chemical tapi Mama tak yakin dan nak basuh sendiri. So ikutkan je la..
Alhamdulillah makin banyak aktiviti rumah baru ni dapat diselesaikan. Kami pun dah tak banyak masa kat Putra Height. Harapnya perancangan Papa dan Mama ni tepat la untuk kami sekeluarga terutama keselesaan Kak Icha dan Adik.
Lepas dapat kunci je so bermula la aktiviti survey Papa dan Mama setiap kali weekend free. Since ada adik yang masih kecik so aktiviti setakat yang termampu je la. Kak Icha pun tak la besar mana so memang agak terbatas if diorang letih dan cuaca panas. So minggu ni ialah aktiviti tengok progress keje dan memindahkan barang-barang yang memang dah plan beli ke pekerja indonesia yang akan menyiapkan dekorasi asas rumah kecik kami ni.
Rasanya kalu tak silap la tempoh masa untuk menyiapkan semua perkara adalah sekitar sebulan coz pemaju agak lambat menyiapkan kerja-kerja membaiki defect asas. Since tauke yang uruskan kerja-kerja ni cakap boleh siap so Papa dan Mama setuju plus memang dia menguruskan kebanyakan rumah di sini.
mando memeriksa kawasan sekitar
cornice dan plaster masih belum dipasang. Harap-harap cukup la
sesi mencari benda alah ni.....untuk pasang kat garaj kete......
nasib baik muat barang-barang basic untuk kaka-kaka indonesia bantu pasang
Video ni Mama yang ambil time Papa nak suap Adik makan. Rasanya ni baru belajar nak makan dengan peraturan. Dari kecik memang makan suka la berjalan-jalan dan tak boleh tengok kamera langsung, mesti nak sibuk. Jom layan gelagat Adik.